Kumpulan remaja sensasi dari Britain, One Direction sedang dalam perancangan mengeluarkan album terbaru mereka.

Kata salah seorang ahli kumpulan tersebut, Niall Horan, 21, di dalam status terbarunya di Twitter pada Ahad, perancangan album baru tersebut sudah dilakukan bersama syarikat rekod mereka.

Ini bermakna, album tersebut merupakan rakaman pertama One Direction tanpa Zayn selepas beliau membuat pengumuman keluar dari kumpulan tersebut minggu lepas.

Niall Horan

Pengumuman keluar kumpulan itu dibuat Zayn di pertengahan konsert jelajah dunia One Direction.

Persembahan kali terakhir Zayn bersama One Direction adalah pada 18 Mac lalu di Hong Kong.

One Direction yang diilhamkan pencari bakat Simon Cowell, telah menghasilkan empat album - 15 single dan mencatatkan jualan album global sebanyak 15 juta unit.

Susulan keputusan Zayn, One Direction kini tinggal berempat iaitu Niall, Liam Payne, Harry Styles dan Louis Tomlinson.