SETELAH setahun menyepi dari industri muzik, penyanyi terkenal Amerika Syarikat Taylor Swift hari ini melancarkan single terbaharu, ‘Look What You Made Me Do’.
Single itu dilancarkan selepas Taylor mengumumkan pelancaran album terbaharunya, Reputation pada Khamis lalu menerusi Instagramnya.
Tajuk dan lirik lagu itu bagaimanapun mengundang spekulasi bahawa lagu berkenaan ditujukan kepada Kanye West dan Kim Kardashian kerana kontroversi lagu 'Famous’.
Rangkap lirik, "I'm sorry, but the old Taylor can't come to the phone right now,”, "Why? Oh, 'cause she's dead” menarik perhatian peminatnya, sehingga ada yang berpendapat Taylor tampil sebagai ‘insan yang baharu’.
Ada juga yang bimbang jika penyanyi berusia 27 tahun itu mengalami masalah kemurungan.
Minggu lepas, Swift bertindak untuk memadam kesemua gambarnya di dalam akaun itu sebelum mengumumkan pelancaran album terbaharunya.
Reputation akan dijual mulai 10 November.
Kohilah Sekaran
Fri Aug 25 2017

Setelah setahun menyepi dari industri muzik, penyanyi terkenal Amerika Syarikat Taylor Swift hari ini melancarkan single terbaharu, Look What You Made Me Do.
Mohamad Hasan tiba di Jeddah untuk sesi tergempar OIC mengenai Gaza
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di Jeddah pada Khamis untuk menghadiri Sesi Tergempar Majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah hari ini.
Malaysia - Thailand: Anwar - PM Thailand bincang isu banjir, sempadan
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Istana Pahang nafi kewujudan akaun TikTok Tengku Afzan tawar 'Bantuan Ramadan'
Istana Pahang menafikan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan nama anakanda Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang menawarkan 'Bantuan Ramadan' kepada orang ramai.
4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan ke atas anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.

Pearly-Thinaah mara suku akhir Orleans Masters
Kemaraan ke peringkat lapan terbaik kejohanan Super 300 ini diwarnai saingan sengit yang menguji kematangan permainan gelanggang mereka.
SPR tentukan tarikh PRK DUN Ayer Kuning hari ini
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak esok susulan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

Dua remaja lepasan SPM maut, tiga parah kereta terbabas langgar penghadang jalan
Kemalangan melibatkan lima mangsa lelaki berusia 18 tahun, di mana dua daripadanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM.

AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
Ia bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan meningkatnya permintaan.

Nazir Razak seru ASEAN jadikan ekonomi serantau realiti, melangkaui retorik
Pemimpin korporat menggesa ASEAN untuk mengukuhkan dirinya sebagai hab perdagangan dan pelaburan yang kukuh di tengah-tengah ketegangan ekonomi global yang semakin meningkat.

Trafik penumpang udara Malaysia melonjak, catat 9.2 juta penumpang pada Januari - MAVCOM
MAVCOM mengumumkan prestasi trafik penumpang udara Malaysia bagi Januari 2025 yang mencatatkan 9.2 juta penumpang.

'The old Taylor is dead' - rangkap lirik single baharu Taylor undang spekulasi
Setelah setahun menyepi dari industri muzik, penyanyi terkenal Amerika Syarikat Taylor Swift hari ini melancarkan single terbaharu, Look What You Made Me Do.

Pitahati kembali ke piring hitam untuk album terbaharu
Album berjudul 'Selamat Datang Ke Panggung Suara' dirakamkan secara live dan mengambil masa lebih kurang setahun untuk disiapkan.