PELAKON popular, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) yang menang Anugerah Telenovela 2018 kategori Primadona Telenovela baru-baru ini turut dikritik segelintir netizen yang menyindir kemenangannya itu.

Salah seorang netizen tersebut menyatakan: "tak bawak masuk kubur pun..tak payah nak seronok sangat..".

Menariknya, Ogy turut membalas komen tersebut sambil menyatakan dia percaya setiap rezeki yang diterima adalah daripada Allah.

"Tak payah nak cari masalah dengan saya. Ini rezeki dari Allah juga tak ada salahnya saya menikmati rezekiNya asalkan saya tidak lupa diri. Yang awak tak semena-mena masuk rumah saya ni terus nak perli pasal apa?

"Macamlah saya tak sedia maklum apa jua yang ada tidak bawa masuk kubur. Kesihanlah kat awak ni. Takada pasal cari pasal. Cuba bawak banyak-banyak beristighfar," katanya menerusi status di Instagramnya, @kak_ogy.

Rezeki Allah..Terimakasih Allah Anugerah Primadona Telenovela 2018

A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy) on


Di sebalik kritikan tersebut, ramai netizen dan peminat yang mengucapkan tahniah pada Ogy sambil memberikan kata-kata sokongan serta mendoakannya terus diberi kesihatan yang baik.

"Love yr acting..congratulations! U are the best and one of the best actress that i have grown up watching yr movies..always love you..u rock babe!," kata @devaki7021gm.

Berbeza dengan kebanyakan artis popular, Ogy membuktikan dia bukanlah artis tempatan yang sombong untuk membalas komen peminatnya di media sosial.

"Terima kasih banyak banyak.. diatas lakonan yg hebat .. semoga di limpahi rezeki dan kesihatan yang baik.. Amin......," kata @akuham.

Seorang lagi netizen dikenali sebagai @gee_nasir memberikan komen, kehebatan bakat seni Ogy diwarisi daripada kedua ibu bapanya.

"Kemana tumpahnya bakat seniwati saadiah dan seniman ahmad daud jika tidak pd ogy ahmad daud.. meminati lakunan ibu kak Ogy yg mantap... kejelitaannya.. anugerah dr allah..," katanya. - Teks oleh: Elrafaei Sapi