Lima pelajar Akademi Fantasia 2014 (AF2014) iaitu Nuha, Aman, Ewal, Firman dan Adel diumumkan layak ke pentas akhir AF2014 yang akan diadakan minggu hadapan.
Adel yang tersingkir pada konsert ketujuh telah diserap masuk oleh barisan guru fakulti AF2014 yang diketuai oleh pengetua Datuk Hattan untuk menyertai konsert akhir AF2014.
Manakala, pelajar yang sering mendapat undian tertinggi pada setiap konsert, Azwan, menjadi pelajar terakhir disingkir di AF2014.
Azwan, atau nama sebenarnya Azwan Satar, 30, yang mendendangkan lagu ‘Cinta Sesungguhnya’ nyanyian asal Sabhi Sadhi serta sebuah lagu duet 'Tanda Kasih' bersama penyanyi kegemarannya Noraniza Idris, kurang mendapat tempat di hati pengundi pada konsert separuh akhir sebentar tadi.
Selain Azwan, pelajar lain juga diberi peluang berduet dengan artis terkenal tanah air seperti Adira, Noraniza Idris, Joey BPR, Masya Ceria Popstar dan Mus May.
Turut diundang ke konsert separuh akhir AF2014 ini ialah penyanyi Fauziah Latiff sebagai juri jemputan bersama juri tetap, Datuk Ramli MS dan Raja Azura.
Pembukaan konsert kali ini dimeriahkan dengan persembahan daripada raja gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau.
Penonton juga dihiburkan dengan persembahan dari beberapa penyanyi popular seperti Black dan RJ, Rahmad Mega, dan Nizam Laksamana dengan lagu-lagu hit mereka.
Azyyati Ahmad
Sun Nov 02 2014

Adel, Nuha, Ewal, Aman, dan Firman - lima finalis pentas akhir AF2014.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Adele bantu peminat lamar teman lelaki di pentas
Adele mengajak lebih 11 ribu pengunjung konsert bersorak agar teman lelaki Hayley menerima lamaran.

Firman juara Akademi Fantasia 2014
Kemenangan Firman menepati ramalan ramai apabila berjaya memukau penonton dengan dua persembahannya di pentas akhir sekaligus dinobatkan juara.

Ramalan Juara #AF2014, anda bagaimana?
Kini tinggal beberapa jam sahaja lagi pentas akhir #AF2014 bakal bersiaran dengan lima finalis hebat iaitu Firman, Ewal, Adel, Nuha dan Aman untuk merebut gelaran juara.

Nuha, Aman, Ewal, Firman, Adel ke pentas akhir Akademi Fantasia 2014
Nuha, Aman, Ewal, Firman dan Adel diumumkan layak ke pentas akhir AF2014 yang akan diadakan minggu hadapan.