RAIKAN cinta bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) dalam sebuah konsert istimewa pada Sabtu, 17 Februari 2024 jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC.
MPO, di bawah pimpinan Konduktor Residen Gerard Salonga, akan mempersonakan penonton menerusi seleksi lagu-lagu cinta malar segar yang diberi sentuhan orkestra seperti Love Story (Where Do I Begin), Last Night, (They Long To Be) Close To You, Somewhere Out There, Love Changes Everything, If We Were In Love, Cinema Paradiso dan Love Me Tender, disertakan dengan beberapa lagu hits dari muzikal Broadway popular seperti Wicked, Funny Girl, Les Misérables dan Phantom of the Opera.
Konsert ini akan diserikan dengan penyanyi-penyanyi undangan seperti Sean Ghazi, Ida Mariana, Nikki Palikat dan Izen Kong yang akan berkolaborasi dengan MPO.
Sean pernah memegang watak utama dalam teater muzikal di pentas West End di London melalui teater Miss Saigon, Rent dan The King & I.
Penerima anugerah Cameronian Arts, beliau pernah memenangi Anugerah Industri Muzik untuk album perdana beliau bertajuk Semalam pada tahun 2007.
Beliau juga pernah terlibat dalam pementasan P Ramlee The Musical di Istana Budaya dan La Cage Aux Folles di Singapura.
Antara filem yang beliau bintangi termasuk Anna & The King dan Spilt Gravy On Rice. Beliau juga adalah pengasas dan penyanyi utama kumpulan TARAKUCHA!
Ida Mariana ialah penyanyi kumpulan TARAKUCHA! dan digelar 'Queen of Kebaya Jazz', sebuah genre yang diasaskan 12 tahun yang lalu.
Beliau juga fasih menyanyi dalam pelbagai bahasa dan diingati melalui penampilan yang berkesan dalam teater Puteri Gunung Ledang The Musical.
Dikenali dengan vokal yang lantang, Nikki Palikat telah memasuki pertandingan nyanyian popular seperti Malaysian Idol dan Gegar Vaganza.
Beliau pernah melahirkan album-album yang diterima baik seperti Maharani (2005) dan Hawa (2008), dan telah memenangi anugerah di Anugerah Planet Muzik and Anugerah Era. Di pentas teater, beliau terlibat dalam pementasan Cabaret (2015) dan Euphrasia The Musical (2019).
Izen Kong telah terlibat dalam banyak produksi tempatan termasuk The Legends dan Larger Than Life produksi Dama Asia, Aladdin – A Musical Comedy Reloaded dan Cabaret.
Beliau pernah membuat persembahan bersama MPO dalam konsert bertemakan The Best of Rodgers & Hammerstein, Opera In The Park produksi Singapore Lyric Opera dan That’s Entertainment terbitan PAN Productions.
Nikmati keraian cinta yang indah bersama muzik unggul MPO bersama penampilan artis-artis undangan, hanya di DFP! -Gempak
Gempak
Sun Feb 04 2024

Raikan cinta bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) dalam sebuah konsert istimewa pada Sabtu, 17 Februari 2024 jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC. -Gempak

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Nikki Palikat bakal tampil di pentas DFP, persembah lagu cinta dari Broadway
Konsert ini akan diserikan dengan penyanyi-penyanyi undangan seperti Sean Ghazi, Ida Mariana, Nikki Palikat dan Izen Kong yang akan berkolaborasi dengan MPO.

Nikki Palikat dedah sudah bercerai dengan Audi Mok
Tidak berniat untuk merahsiakan hal sebenar, Nikki berkata dia memerlukan masa sebelum berkongsi tentang penceraian mereka.

Nikki Palikat dimasukkan ke hospital
Bintang GegarVaganza (GV) 8, Nikki Palikat dimasukkan ke Hospital Pantai, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.