BIARPUN sudah selamat bersalin dua minggu yang lalu, ratu rap antarabangsa Nicki Minaj memilih untuk kunci mulut mengenai jantina cahaya mata pertamanya kepada umum.
Bagaimanapun, Nicki akhirnya mendedahkan jantina bayinya menerusi satu muat naik di laman Instagram peribadinya pada Khamis.
Pada hantaran tersebut, beliau mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan selebriti yang mengirimkan ucapan tahniah atas kelahiran anak lelakinya.
Beliau juga menyertakan gambar kad-kad ucapan daripada rakan-rakannya pada muat naik yang sama.
“Terima kasih kepada Queen B, Kim & Ye, Riccardo Tisci, Winnie, Karol dan semua yang mengirimkan ucapan.
“Ia amat bermakna buat saya.
“Saya sungguh bersyukur dan sayang akan anak lelaki saya. Sangat sayang padanya. Budak lelaki kegemaran saya di seluruh dunia,” tulisnya dalam kapsyen entri itu.
Nicki, bagaimanapun, tidak mendedahkan nama cahaya mata sulungnya itu.
Pada Julai lalu, penyanyi rap itu membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa beliau mengandung anak sulung, hasil perkongsian hidup dengan eksekutif muzik, Kenneth Petty.
Penyanyi yang banyak menghasilkan karya bersifat provokatif itu, telah berkahwin dengan Petty sekitar Oktober tahun lepas.
Isabelle Leong
Fri Oct 16 2020

NICKI: Sangat sayang padanya. Budak lelaki kegemaran saya di seluruh dunia. - Instagram/@nickiminaj

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews

Tom Holland ayah kepada anak Nicki Minaj? Peminat jadi tak keruan!
Bukan sahaja nama ratu rap antarabangsa Nicki Minaj trending di media sosial selepas berkongsi sekeping gambar beliau sedang memegang perut dengan kapsyen - -#preggers.

Nicki Minaj mengandung anak pertama, beri kejutan kepada peminat melalui Instagram
Dengan kapsyen - -#preggers - penyanyi berusia 37 tahun itu berkongsikan sekeping gambar beliau sedang memegang perut di Instagram

Punca Nicki Minaj gelar pengacara popular Wendy Williams 'perempuan jahat'
Perkara itu bermula apabila Wendy mula menimbulkan isu mengenai kisah lampau suaminya, Kenneth Petty.

Resume Yuna bertambah lagi, kini umum sertai Wilhelmina Models pula!
Terbaharu, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai telah mengumumkan bahawa dia sudah bernaung bawah agensi peragaan terkenal iaitu Wilhelmina Models .

Nicki Minaj cetus kontroversi, diundang buat persembahan di festival Jeddah Arab Saudi
Penyanyi rap popular Amerika Syarikat, Nicki Minaj bakal membuat persembahan di Arab Saudi.

Penyanyi 'Anaconda' Nicki Minaj berpacaran dengan penyanyi rap legenda Eminem?
Nicki Minaj mengejutkan peminatnya hari ini selepas menyatakan bahawa dia bersama penyanyi rap dan ikon hip-hop, Eminem.

Taylor Swift dan Nicki Minaj bertikam lidah di Twitter
Pencalonan 'Video of the Year' bagi anugerah MTV Video Music Awards 2015 mencetuskan perselisihan antara Taylor Swift dan Nicki Minaj.