Ratu rap antarabangsa Nicki Minaj membuat kejutan pada Isnin apabila beliau mengumumkan sedang mengandung anak sulung, hasil perkongsian hidup dengan Eksekutif Muzik, Kenneth Petty.
Dengan kapsyen - “#preggers - penyanyi berusia 37 tahun itu berkongsikan sekeping gambar beliau sedang memegang perut kepada 119 juta pengikut di laman Instagram.
Gambar itu disukai lebih 9.5 juta pengikut, namun ruangan komen telah ditutup.
Nicki kemudian memuat naik beberapa lagi keping gambar beliau dalam bikini yang bertatahkan berlian, sambil memegang kandungannya, yang masing-masing menerima lebih daripada 5 juta tanda suka.
“Cinta. Perkahwinan. Kereta sorong bayi. Dilimpahi keterujaan dan kesyukuran. Terima kasih semua atas ucapan,” ucapnya melalui kapsyen salah satu gambar yang dimuatnaik itu.
Menurut portal berita antarabangsa AFP, Minaj telah memberi bayangan mengenai kandungannya seawal bulan Mei, memberitahu peminat bahawa beliau sedang mengalami simptomp seperti mual, dan bertanya kepada peminatnya - “Ya Tuhan apakah maksud ini semua??”.
Penyanyi yang banyak menghasilkan karya bersifat provokatif itu, telah berkahwin dengan Petty sekitar Oktober tahun lepas.
Firdaus Azil
Tue Jul 21 2020
Dengan kapsyen - -#preggers - penyanyi berusia 37 tahun itu berkongsikan sekeping gambar beliau sedang memegang perut di Instagram
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Pengasuh taska didakwa sebabkan bayi cacat kekal
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan.
Bayi lelaki 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu di pusat jagaan berpantang
Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga bayi tersebut di sebuah pusat jagaan berpantang.
Mayat bayi di bawah simen, polis guna saluran diplomatik kesan suspek
Ketika ini usaha mengesan suspek, seorang wanita warga Indonesia yang juga penyewa terakhir rumah berkenaan masih dijalankan.
Bayi tercampak dalam tali air: Polis ambil keterangan 11 individu
Seramai 11 individu dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis susulan kes seorang bayi maut selepas motosikal dibonceng tercampak ke dalam tali air dalam Kampung Tok Belian.
Anak pengasuh didakwa lakukan amang seksual terhadap bayi 10 bulan
Seorang anak pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang bayi perempuan berusia 10 bulan, bulan lepas.
Masyarakat Melayu Rawa di Gopeng masih kekalkan adat berjojak
Adat berjojak dilakukan sebagai lambang seorang bayi itu bakal memulakan langkah dalam kehidupan.
Bayi alami pendarahan otak, patah tangan kiri ketika di rumah pengasuh
Polis akan mengambil keterangan seorang pengasuh bagi membantu siasatan berhubung kes bayi perempuan berusia lima bulan yang mengalami pendarahan otak dan patah tangan kiri pada Khamis.
Belum capai usia setahun, bayi mampu sambung bacaan surah lazim
Seorang bayi, Fahry Nedzar mampu menyambung bacaan surah lazim yang dialunkan oleh ibunya dengan lancar bermula usianya lapan bulan.