PENGARAH muzik dan ketua juri All Stars Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS menegaskan tidak berminat untuk menceburkan diri dalam dunia lakonan.
Menurut Ramli, walaupun ditawarkan dengan bayaran lumayan namun dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak ke arah bidang tersebut kerana karakternya yang tidak pandai berpura-pura di hadapan kamera.
“Mereka banyak panggil untuk berlakon tapi saya tak nak ambil. No! Itu bukan forte saya dan saya tak suka berlakon.
“Berlakon itu satu benda lakonan, dalam kehidupan saya tak ada lakonan, saya orangnya direct sahaja. Saya tak suka cakap belakang-belakang,” katanya.
Ramli berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Travel Lawak: Projek Bapak-Bapak musim kedua yang diadakan pada Khamis.
Dalam pada itu, Ramli juga memaklumkan antara sebab lain dia menolak tawaran tersebut adalah kerana pekerjaan itu di luar bidang kepakarannya.
“Never! Mereka bayar RM3 juta pun saya tak akan buat sebab bukan forte saya. Macam-macam watak yang ditawarkan.
“Tapi itu bukan saya. Ada benda yang anda boleh boleh buat dan ada juga benda yang anda tak boleh buat. Berilah orang lain buat.
“Macam program bapak bapak ini saya setuju kerana lebih kepada persahabatan. Kami juga tidak ada skrip, semuanya berlaku secara neutral dan spontan,” jelasnya.
Selain Ramli, program ini juga turut melibatkan Datuk Jalaludin Hassan, Roy Azman dan Jatt Ali.
Saksikan Travel Lawak- Projek Bapak-Bapak musim ke-2 mulai 2 November 2023, setiap Khamis, jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107). -Gempak
Para pelanggan juga turut dapat strim rancangan ini menerusi On Demand di Astro Box dan Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.
Gempak
Sun Oct 22 2023

Menurut Ramli, walaupun ditawarkan dengan bayaran lumayan namun dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak ke arah bidang tersebut kerana karakternya yang tidak pandai berpura-pura di hadapan kamera. -Gempak

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Ahmad Nawab mentor saya - Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau dan banyak perkara yang dipelajari darinya sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.

Kehadiran Nur Izzara: Rahmat tak disangka buat Datuk Ramli MS dan Alyah
Hampir 11 tahun melayari bahtera rumah tangga berdua, kini hadir Nur Izzara menyerikan kehidupan pasangan selebriti, Datuk Ramli MS dan Datin Alyah.

Alyah kongsi keadaan Tok Ram selepas diserang vertigo
Mereka dipercayai dalam perjalanan ke Singapura, namun terpaksa berpatah balik kerana belum memperbaharui permit kereta.

Siapa bakal juara All Stars Gegar Vaganza?
Liza Hanim diramal berpeluang jadi juara, Hady Mirza pula disifatkan saingan paling rapat.

All Stars Gegar Vaganza: 'Salah tetap salah, sakit bukan alasan' - Naqiu mohon maaf tak capai KPI
Menurut Naqiu, dia menerima segala komen yang diberikan oleh ketua juri iaitu Datuk Ramli MS dengan hati yang terbuka.

All Stars GV: Aliff Aziz di tangga bahaya, ini markah penuh minggu ke-9!
Konsert minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) menyaksikan nama Noryn Aziz diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.

All Stars Gegar Vaganza: Kurang main dengan dinamik, Noryn Aziz tersingkir
Noryn menjadi bintang ketujuh tersingkir dari pentas All Stars Gegar Vaganza.

All Stars Gegar Vaganza: 'Saya terkejut...' - Ramli MS rasa tertipu dengan Aliff Aziz
Menurut Ramli, persembahan Aliff di minggu kelapan sangat berlainan dan memaparkan sisi berbeza bintang ASGV itu.

All Stars Gegar Vaganza: Nikki Palikat terselamat, minggu ‘Funfair Tok Ram’ tiada penyingkiran!
Bintang lelaki mendominasi kedudukan pertama hingga keempat dimulai oleh Aliff Aziz, Naqiu, Tomok dan Hady Mirza.

All Stars Gegar Vaganza: 'Dia tak rosakkan lagu, cuma…' - Ramli MS jawab sebab Ezad tersingkir
Menurut Ramli, selain sebutan kurang jelas, nyanyian Ezad juga kedengaran tidak stabil dan kehilangan melodi.