KONSERT minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) menyaksikan nama Noryn Aziz diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.
Menyampaikan Tegar nyanyian asal Datuk Seri Rossa, Noryn bagaimanapun menduduki tangga terakhir dengan peratusan markah sebanyak 55.25 peratus.
Sementara itu, kedudukan pertama bagi minggu kesembilan ini pula menjadi milik Jaclyn Victor dengan markah sebanyak 82.88 peratus.
Berikut merupakan recap komen dan markah penuh minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza:
1. Jaclyn Victor ft Nadeera Zaini - All I Ask (82.88 peratus)
Datuk Ramli MS: “Sangat balance duet kamu, tajwid sama, ending sama, dinamik sama.”
2. Tomok ft Black - Tak Mungkin Berpaling (77.00 peratus)
Datuk Syafinaz: “Saya rasa Tomok memikirkan segalanya, awak nampak kesemua tentang persembahan ini di pentas, saya rasa mudah sebab awak kerja dengan BFF, energy vibe sama, awak tidak digelapkan oleh Black sebab semua orang tahu Black penyanyi bersuara tinggi, pada saya kedua-duanya cukup.”
3. Hady Mirza ft Shiha Zikir - Kamu Yang Ku Tunggu (73.25 peratus)
Datuk Syafinaz Selamat: “Saya rasa it is such a sweet perfomance, kita nampak ada connection dua insan bercinta, saya suka Hady walaupun dia menyanyi tinggi, dia boleh control rupa, muka, smile sweet, itu menunjukkan satu skill, overall saya tak cakap memukau tapi memuaskan.”
4. Nikki Palikat ft Ara Johari - Drama King (73.13 peratus)
Hetty Koes Endang: “Lagu apa pun yang kamu dapat Bunda yakin kamu akan buat yang terbaik, kamu orangnya penampilan yang sangat bagus. Tiada kesalahan malam ini, kamu bagus.”
Datuk Syafinaz Selamat: “Last week kamu shaky tetapi this week lebih baik, kamu beri konsep sangat baik, penyampaian kamu dan Ara sangat baik. Pada saya persembahan memuaskan.”
5. Liza Hanim ft Noraniza Idris - Hati Kama (72.75 peratus)
Hetty Koes Endang: “Bunda kasi 5M, menjiwai, mengalir seperti air, menyentuh hati, menggegar alam, menurut Bunda, complete complete complete, jaga kesihatan, kamu gebrek!”
6. Naqiu ft Hazama - Samar Bayangan (72.00 peratus)
Datuk Ramli MS: “Kenapa hari ini? Tak relax… Tak ada banyak sangat error, tak teruk sebab you ada partner, sorang work sorang tak work begitulah perumpamaannya but not that bad. You kena faham bila ada pasangan, awak beraksi, perbandingan pasti ada, not that bad but this is not your KPI.”
7. Siti Nordiana ft Amelina - Teringin (63.13 peratus)
Datuk Ramli MS: “Bila ambil second voice, dah tentu suara tinggi, kenapa mic tak jauh sikit? Duo dengan dengan duet lain tau, part dekat belakang tu save you a lot.”
8. Azharina ft Putera Muhammad - Ku Tak Bisa (63.00 peratus)
Hetty Koes Endang: “Lagunya note rata sahaja, tapi itulah bagaimana cara kamu mengulit lagu ini jadi lebih hebat, kamu menunjukkan emosi yang sangat baik, isi cerita kamu faham. Cukup serasi, tapi lebih baik lagi kalau ada jawab menjawab itu lebih bagus. Cuma ada over tone, diambil oleh Putera jadi kamu kaget. Peserta yang dinilai bukan Putera, jadi kamu harus lebih dominan. Hati-hati, dominan adalah peserta bukan rakan duet."
9. Aliff Aziz ft Zaki Yamani - Jampi (62.75 peratus)
Datuk Ramli MS: “Saya okay dengan persembahan ini yang bertungkus lumus, awak bagi dia kekuatan, ada benda yang sikit-sikit but the point kita still bagi yang sepatutnya.”
10. Noryn Aziz ft Dia Fadila - Tegar (55.25 peratus)
Datuk Syafinaz Selamat: “Yang pertama, saya suka overall look, tak nampak siapa lebih, nampak sama. Pada saya pembahagian part pun cantik, tak nampak lebih, yang saya nampak melodi lagu ini mencabar untuk dinyanyikan secara harmoni, terutamanya pada cord profession yang bertukar, anda berdua lakukan sangat baik. Kalau boleh mainkan sedikit dengan dinamik, kita akan dapat lebih rasa, tapi boleh rasa graft dia menaik dan energetik. Noryn boleh tak bila nyanyi muka jangan berkerut sebab awak dah lah cantik.”
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Gempak
Tue Nov 21 2023

Konsert minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) menyaksikan nama Noryn Aziz (kanan) diumumkan sebagai bintang yang tersingkir. - Foto Gempak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.

Azharina disahkan hidap kanser, bakal dibedah
Penyanyi Azharina Azhar mendedahkan menghidap kanser, bagaimanapun masih belum dapat berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit dihidapinya.

Kes saman lima sekawan: Siti Nordiana lega, nak 'move on'!
Penyanyi Siti Nordiana menyatakan bahawa dirinya telah melupakan isu saman terhadap lima sekawan yang telah selesai baru-baru ini.

All Stars Gegar Vaganza: Jangkaan tersasar, Liza Hanim tetap menang di hati peminat
Meskipun tidak berjaya, Liza Hanim tetap bersyukur kerana dapat menamatkan musim ini dengan satu penamat yang indah.

All Stars Gegar Vaganza: Jaclyn Victor dedikasi hadiah kemenangan untuk anak-anak
Jaclyn berkata dia berhasrat mengadakan majlis bersama dengan kelab peminat kelak tanpa perlu menggunakan wang kemenangan itu.

Juri sebulat suara memilih Jac untuk menang - Datuk Syafinaz
Syafinaz berkata keputusan mengangkat Jaclyn Victor sebagai juara dibuat sebulat suara juri tetap ASGV.

All Stars Gegar Vaganza: Ini ranking semua finalis - Hady Mirza tempat kedua, Liza Hanim...
Menurut Idlan, pihak produksi mahu memberikan fokus kepada pengumuman juara pada penghuhung konsert.

All Stars GV: ‘Back to back’, Jaclyn Victor dinobat juara sekali lagi
Selepas 12 minggu berhempas pulas di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) gelaran juara akhirnya menjadi milik Jaclyn Victor.

Siapa bakal juara All Stars Gegar Vaganza?
Liza Hanim diramal berpeluang jadi juara, Hady Mirza pula disifatkan saingan paling rapat.

All Stars Gegar Vaganza: Netizen petik dua nama untuk ramalan juara!
Menerusi tinjauan di media sosial, netizen sudah mula meramalkan juara All Stars Gegar Vaganza pilihan mereka.