Natasha Hudson sambut Aidiladha bersama pelarian Syria
Bekas pelakon yang sudah berniqab ini memberitahu dia memulakan misi kemanusiaan bersama badan sukarelawan Amal Hope ke sana.
Gempak
Thu Aug 16 2018
Natasha juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menderma dan menyumbang pada misi kemanusiaan itu. Foto: IG @natashahudsonofficial
SELEBRITI popular, Natasha Hudson bakal meraikan Aidiladha bersama pelarian Syria di Mafraq, Jordan kali ini.
Bekas pelakon yang sudah berniqab ini memberitahu dia memulakan misi kemanusiaan bersama badan sukarelawan Amal Hope ke sana.
Akuinya, dia juga mempunyai perasaan berdebar untuk ke sana dalam misi membantu pelarian Syria.
"Berdebar okay. Sambut eid ul Adha kali ni dengan pelarian Syria di Sana dan menunaikan janji dan amanah dan qurban untuk anda sekalian," katanya menerusi status di Instagramnya, @natashahudsonofficial, pada Rabu.