Pelakon, Faezah Elai akui buntu apabila urat di bahagian dahinya sering kali timbul.

Faezah berkongsi perkara itu menerusi kemas kini terbaru menerusi akaun Instagram miliknya semalam.

Kata Faezah, dia telah cuba mencari punca urat tersebut timbul menerusi carian google namun hasilnya tidak begitu menyakinkan.

“Can you see that vein on my forehead… Dalam photo ni tak berapa clear cause I zoom the photo. Tak selalu ada, sometimes when I don’t have enough sleep.

“I did google but it seems konon banyak sebab which the answer was not really encouraging... So, anyone of you tau pasai apa tak?

“It’s pretty obvious though and pretty scary jugak… I told my husband, he said that’s why you ting tong. You need to see psychiatrist.

“Masa nak ngorat dulu tak dak pula kata ting tong! Cehh!! Or perhaps I need a long holiday hurmmm,” tulisnya.

Can u see that vein on my forehead.. dlm photo ni tk berapa clear cause i zoom the photo.. tk selalu ada.. sometimes when i dont have enough sleep.. i did google but it seems konon byk sbb which the answer was not really encouraging... So anyone of u tau pasai apa tk? It’s pretty obvious tho.. and pretty scary jugak..


Posting itu mendapat perhatian pengikut IGnya dan mereka juga berkongsi pengalaman yang sama.

“Saya pun selalu naik dua line cam ni, time migrain, panas terik. Dah pernah check doctor, takda yang serius. Insha-Allah doa yang baik-baik, fikir yang baik-baik, Allah akan beri segala yang terbaik pada kita ye @faezahelai amin,” komen @qistinaizara9253

“Kalau migrain I nak mai, nampak urat hijau ni. Pastu period, kadang timbul urat, kadang ok pulak,” kongsi @noraz_eein

“@faezahelai ya samalah kita, tak ada apa cuma itu adalah urat besak. Hanya ada pada orang yang selalu ada migraine,” jelas @zallizaothman