PERSONALITI televisyen popular Ras Adiba Radzi berkongsi keadaan terkininya yang menderita sakit saraf tunjang yang semakin kronik.
Menerusi kemas kini akaun Instagramnya, kata Ras Adiba, badannya akan rasa berbisa sakitnya walaupun hanya berkelip mata.
"Saya seorang yang punyai kesakitan saraf tunjang yang kronik, hinggakan sakit kepala kalau terhantuk di dinding pun saya seperti tidak rasa.
"Pasti anda tidak sangka saya begitu, kerna saya tampak ceria.
"Sakit saya pada tiap saat. Tika membuka atau menutup mata, membuka dan menutup mulut, semuanya berbisa sakitnya.
"Duduk lama di kerusi roda saya sakit, gerak leher pun saya sakit," tulisnya bersama sekeping foto hitam putih.
Bagaimanapun tambah Ras, kesakitannya itu akan reda setiap kali diberi ubat penahan sakit atau sedang tidur.
"Segalanya sakit dan akan hanya berhenti tika saya diberi ubat penahan sakit atau tika saya sedang tidur.
"Namun saya tidak benarkan ianya mengawal hidup saya.
"Saya seorang atlet dan saya lakukan pelbagai aktiviti & pekerjaan agar saya dapat alihkan perhatian saya daripada kesakitan saya.
"Saya gagahkan diri kerna saya percaya Allah punyai rancangan yang lebih besar untuk saya. Saya bersyukur, berterimakasih dan akan terus cekal menghadapi keadaan saya ini," ujarnya penuh tabah.
Mengimbas kembali kejadian hitam yang menimpanya, Ras mengalami kemalangan jalan raya pada tahun 1995 hingga terlantar koma.
Pada tahun 2001 dia diserang sekumpulan lelaki di hadapan kediaman keluarganya hingga menyebabkan kecederaan serius.
Setahun kemudian, Ras terjatuh ketika mengambil barang di dalam almari rumahnya hingga menyebabkan dia lumpuh.
Gempak
Tue Apr 23 2019
Ras Adiba berkongsi keadaannya yang semakin kronik. -Foto Gempak
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
PPM tumpaskan 7,103 kes jenayah, rampasan bernilai RM210 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia tahun ini sehingga 31 Oktober 2024.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
'Nak kelip mata pun sakit' - Ras Adiba kongsi keadaannya yang kian kronik
Menerusi kemas kini akaun Instagramnya, kata Ras Adiba, badannya akan rasa berbisa sakitnya walaupun hanya berkelip mata.