KUALA LUMPUR: Di laman-laman media sosial hari ini, sejumlah artis tempatan bersolidariti dan mengajak seluruh peminat hiburan untuk sama-sama mendoakan pelakon Nad Zainal yang kini dilaporkan sedang kritikal di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Ampang, Selangor.
Rakan artis yang juga sahabat karib Nad, pelakon Ungku Ismail Aziz dalam hantaran di akaun Instagramnya memohon orang ramai mendoakan kesembuhan Nad.
"Nad sedang kritikal sekarang dalam ICU. Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala," tulisnya.
Dalam laporan media sebelum itu, Ungku berkata, Nad yang berusia 32 tahun itu kurang sihat sejak Jumaat lalu dan mengalami kesukaran untuk bernafas.
Susulan itu, Nad mengambil keputusan ke hospital pada Ahad lalu dan keadaan kembali baik selepas makan ubat yang diberikan doktor.
Bagaimanapun, Nad dikejarkan ke unit kecemasan pada malam Isnin lalu dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).
Pelakon terkenal, Sharifah Amani juga memuat naik hantaran di akaun Instagramnya memohon peminat-peminat agar sama-sama menitipkan doa buat Nad.
“Mohon sama sama kita doakan kesembuhan untuk Nad Zainal/Farah Nadia binti Zainal Abidin. You are strong Nanad. Semoga dipermudahkan segalanya Insya-Allah,” tulis Amani mengiringi gambar Nad.
Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki tidak ketinggalan berkongsi kesedihan beliau mengenai keadaan kesihatan Nad di akaun media sosialnya.
Afdlin meminta semua pihak agar segala urusan rawatan ke atas Nad akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Sementara itu, pemenang dua kali anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia, Datin Umie Aida pula akan menganjurkan majlis bacaan Yasin buat Nad.
Majlis berkenaan akan diadakan malam esok di kediamannya di Kuala Lumpur.
Astro Awani
Wed Nov 23 2022
Pelakon Nad Zainal dilaporkan sedang kritikal di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Ampang, Selangor berikutan paru-parunya dipenuhi darah. - Gambar Instagram
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
OPEC+ tambah 5.8 juta tong minyak mentah sehari tampung bekalan dari Kanada, Mexico
Tindakan Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik.
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar -WFP
Program Makanan Sedunia (WFP) menegaskan bahawa keperluan kemanusiaan di Semenanjung Gaza amat besar, di tengah-tengah kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke kawasan utara selepas kira-kira 15 bulan perang Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
WHO kurangkan bajet AS$400 juta selepas Amerika tarik diri
Negara-negara anggota yang menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan bertemu bagi mengadakan perbincangan yang memberi tumpuan terhadap pemotongan bajet sebanyak 400 juta dolar. Ia selepas keputusan Amerika Syarikat selaku penyumbang dana terbesarnya menarik diri dari menyertai pertubuhan itu, atas arahan Presiden Donald Trump.
Nad Zainal kritikal di ICU, rakan artis ajak peminat berdoa, anjur bacaan Yasin
Doktor sahkan paru-paru Nad dipenuhi darah selepas menjalani imbasan tomografi berkomputer.