Tinggal beberapa jam saja lagi pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) bakal digegarkan dengan persembahan lima finalis iaitu Zero, Sepahtu, Shiro, Nabil dan Bocey.

Malam ini, kelima-lima finalis dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan Muzikal dan Bebas.

Siapakah yang bakal bergelar juara malam ini?

Portal hiburan Astro Gempak meramalkan tiga anak jati Sabah iaitu Kumpulan Zero bakal bergelar Juara sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM500,000.

Naib Juara mungkin menjadi milik Bocey, diikuti satu-satunya superhero lawak tunggal Nabil Ahmad di tempat ketiga, Shiro di tempat keempat dan Sepahtu di tangga kelima.

Apa kata peminat mengenai bakal juara malam ini?









Finale MLM 2014 ini juga akan ditayangkan di 25 pawagam di seluruh negara - di 13 pawagam TGV dan 12 pawagam MBO.

Antaranya di Sunway Pyramid, Subang; Space U8, Shah Alam; Melaka Mall, Melaka; MBO U-Mall Skudai, Johor; The Spring Kuching, Sarawak; dan Mesra Mall, Terengganu.