SEPUPU kepada pelakon dan selebriti media sosial, Syazlin Zainal iaitu Trisya meminta netizen berhenti membuat pelbagai dakwaan mengenai berhubung punca kematian Allahyarham.

Trisya menerusi hantaran di akaun Twitter miliknya berharap netizen dapat menghormati keluarga arwah.

“Ramai yang DM saya, maaf tak sempat nak reply. Semuanya masih dalam siasatan. Stop buat kenyataan yang tak benar dan saya mohon hormat keluarga Allahyarhamah Syazlin Zainal. Biarlah keluarganya sendiri memberi kenyataan,” maklumnya.


BACA: Pelakon drama Sitik Tok, Syazlin Zainal meninggal dunia

BACA: Jatuh dari tingkat 22, polis dedah punca kematian pelakon Syazlin Zainal

Terdahulu, Syazlin ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar, semalam.

Perkara itu juga disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bharu Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat. - Gempak