KISAH pergolakan rumah tangga aktor Ari Wibowo antara yang menjadi topik hangat dalam kalangan peminat seni Indonesia.
Masakan tidak, pasangan tersebut selama ini terlihat bahagia dengan perkahwinan yang sudah dibina selama 17 tahun.
Namun kini semuanya bertukar menjadi buruk apabila isterinya, Inge Anugrah mendedahkan sikap sebenar Ari kepada umum.
Malah sesi mediasi atau berbaik yang dijalani keduanya semalam turut bertemu jalan buntu. Walaupun hakim menasihatkan keduanya rujuk semula sebagai suami isteri, namun Ari menerusi peguamnya berkata kebarangkalian kembali bersama Inge adalah sangat tipis.
Meski tidak rasa akan rujuk semula, satu fakta yang membuatkan ramai tidak faham adalah Ari dan Inge masih tinggal serumah. Lebih daripada itu, Ari mengaku masih tidur sekatil dengan wanita yang mahu diceraikannya.
Menurut Ari, walaupun meminta cerai, sehingga kini dia masih berstatus sebagai suami Inge. Lantaran itu dia akan tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ketua keluarga.
“Selama belum ada keputusan di mahkamah kami cerai, dia tetap sah sebagai isteri saya.
“ Saya masih sah sebagai suami, dan saya harus memberikan apa selayaknya yang diberikan suami.
“Jadi saya tidak terlalu memikirkan apa yang orang cakap. Saya masih ketua keluarga yang perlu bertanggungjawab,” katanya seperti dilaporkan Insertlive.
Ari juga mengatakan selepas sah bercerai, barulah Inge bebas untuk melakukan apa yang disukainya.
“Kelak setelah bercerai, dia mahu keluar dengan siapa (lelaki), mahu buat apa, itu sudah bukan urusan saya lagi. Kami sudah bukan suami isterinya,” jelasnya lagi. -- Gempak
Gempak
Thu May 18 2023

Walaupun hakim menasihatkan keduanya rujuk semula sebagai suami isteri, namun Ari menerusi peguamnya berkata kebarangkalian kembali bersama Inge adalah sangat tipis. -- Gempak

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Minta cerai dan mediasi gagal, Ari Wibowo akui masih tidur sekatil dengan isteri
Menurut Ari, walaupun meminta cerai, sehingga kini dia masih berstatus sebagai suami Inge.

Mediasi kes cerai Ari Wibowo, Inge gagal temui jalan penyelesaian
Proses mediasi kes perceraian pelakon terkenal Indonesia Ari Wibowo dan isteri, Inge Anugrah yang berlangsung di Mahkamah Negeri (PN) Jakarta Selatan dilaporkan tidak menemui jalan penyelesaian.