KUALA LUMPUR: Berita pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), semalam terus diraikan di pelbagai platform media sosial.
Bahkan, ucapan tahniah buat Yeoh yang mencatat rekod membanggakan sebagai rakyat Malaysia pertama menerima pengiktirafan itu turut tidak berhenti-henti diterima beliau.
Sehubungan itu, Yeoh, 60, berkongsi kegembiraan dan keterujaan beliau dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya, hari ini.
Dalam hantaran itu, pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada semua pihak yang menitipkan ucapan tahniah dan kata-kata motivasi buatnya termasuk yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Kata Yeoh, peluang untuk beliau berada di kedudukan hari ini bertitik tolak pada permulaan perjalanan karier seninya.
Justeru, ujar pelakon masyhur dunia itu, kasih sayang, sokongan dan ilmu-ilmu berharga yang dicurah dan dikongsi oleh semua yang mengiringi perjalanan karier seninya amat-amat dihargai beliau.
“Terima kasih di atas mesej-mesej yang dikirim dan saya masih membalasnya,” tulis Yeoh lagi.
Dalam acara Anugerah Golden Globe yang berlangsung di AS semalam, Yeoh meraih kemenangan Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal/ Komedi menerusi filem Everything Everywhere All At Once yang dibintanginya.
Seniwati itu menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).
Dalam filem itu, beliau memainkan watak Evelyn Wang, seorang pendatang berbangsa Cina yang gagal dalam perniagaan kedai dobi.
Yeoh yang memulakan kerjaya lakonan di Hollywood sekitar 40 tahun lalu sudah membintangi lebih 70 buah filem antarabangsa.
Antara lakonannya dalam filem terbitan Hollywood ialah James Bond, Tomorrow Never Dies pada 1997 diikuti karya-karya lain seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs of Geisha, The Lady, Crazy Rich Asians dan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.
Pada tahun lalu, majalah antarabangsa terkemuka, Time mengumumkan Yeoh sebagai Ikon Tahun 2022 sekali gus mengiktiraf sumbangan besarnya kepada industri perfileman.
Bahkan, pada Ogos 2022 juga, Yeoh menjadi artis Asia pertama menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam seni halus dari Institut Filem Amerika (AFI), Los Angeles, AS.
Astro Awani
Thu Jan 12 2023
![Michelle Yeoh terharu, junjung kasih pada Agong, Permaisuri Michelle Yeoh terharu, junjung kasih pada Agong, Permaisuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673502818_michelleyeoh.jpg)
Tan Sri Michelle Yeoh berkongsi kegembiraan dan keterujaan beliau dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya, hari ini.
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![#MetGala: Busana kerajang timah, rambut pendek Michelle Yeoh jadi perhatian #MetGala: Busana kerajang timah, rambut pendek Michelle Yeoh jadi perhatian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715141528_MetGalajpg.jpg)
#MetGala: Busana kerajang timah, rambut pendek Michelle Yeoh jadi perhatian
Michelle berkata busana itu adalah ilham daripada pereka kreatif jenama Balenciaga iaitu Demna yang diinspirasi daripada kenangan zaman kanak-kanaknya.
![Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714784470_tbMichelleYeoh.jpg)
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
![Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680517098_MichelleYeoh.jpg)
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
![Rupanya Michelle Yeoh sambut cucu, bukan anak! Rupanya Michelle Yeoh sambut cucu, bukan anak!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704193819_TBMichelleYeoh.jpg)
Rupanya Michelle Yeoh sambut cucu, bukan anak!
Pelakon, Tan Sri Michelle Yeoh memberitahu gambar kaki bayi yang dimuat naik sebentar tadi merupakan gambar kaki cucunya.
![Dilantik duta jenama popular dunia, Michelle Yeoh dikecam Dilantik duta jenama popular dunia, Michelle Yeoh dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684738615_MichelleYeoh.jpg)
Dilantik duta jenama popular dunia, Michelle Yeoh dikecam
Kerana mengumumkan pelantikannya itu, pelakon Hollywood kelahiran Malaysia disifatkan tidak sensitif dengan perkembangan yang berlaku di Gaza.
![Michelle Yeoh antara 8 ahli baharu IOC Michelle Yeoh antara 8 ahli baharu IOC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697541203_UNDP.jpg)
Michelle Yeoh antara 8 ahli baharu IOC
Pemenang Oscar Tan Sri Michelle Yeoh dipilih sebagai ahli baharu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada hari terakhir Sesi ke-141 IOC di sini, pada Selasa.
![Michelle Yeoh balik Ipoh, luang masa bersama keluarga Michelle Yeoh balik Ipoh, luang masa bersama keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693229509_MichelleYeoh.jpg)
Michelle Yeoh balik Ipoh, luang masa bersama keluarga
Tan Sri Michelle Yeoh berkongsi kegembiraannya selepas berpeluang pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak.
![Michelle Yeoh kongsi gambar perkahwinan Michelle Yeoh kongsi gambar perkahwinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690638562_TBMichelleYeoh.jpg)
Michelle Yeoh kongsi gambar perkahwinan
Pemenang Oscar itu memuat naik empat keping gambar, termasuk satu gambar yang disunting dari poster filem Tomorrow Never Dies.
![Tak tahu Michelle Yeoh kahwin, ibu harap majlis resepsi di Malaysia Tak tahu Michelle Yeoh kahwin, ibu harap majlis resepsi di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690630799_TBMYKAHWIN.jpg)
Tak tahu Michelle Yeoh kahwin, ibu harap majlis resepsi di Malaysia
IBU kepada Tan Sri Michelle Yeoh iaitu Datin Janet Yeoh, 84, tidak mengetahui mengenai majlis perkahwinan anaknya yang berlangsung Khamis lalu di Geneva, Switzerland.
![Michelle Yeoh, Jean Todt berkahwin selepas 19 tahun bertunang Michelle Yeoh, Jean Todt berkahwin selepas 19 tahun bertunang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690532284_michelleyeoh.jpg)
Michelle Yeoh, Jean Todt berkahwin selepas 19 tahun bertunang
Tan Sri Michelle Yeoh dan tunang, Jean Todt mengambil masa 6,992 hari, menyamai tempoh 19 tahun untuk berkahwin.