Hari ini hampir semua akhbar utama meletakkan wajah Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini di bahagian utama akhbar masing-masing.
Biduanita Negara itu meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara dan selamat dikebumikan pukul 12.17 tengahari yang sama di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Laman portal Astro AWANI turut memberikan laporan menyeluruh mengenai berita pemergian Allahyarham.
Liputan langsung, galeri foto "Perginya Biduanita Negara" dan video berita tersebut merupakan antara berita yang menerima hits paling tinggi.
Satu program bual bicara khas "Mengenang Sharifah Aini" turut diterbitkan khas oleh Agenda AWANI.
Akhbar mingguan popular tanahair, Mingguan Malaysia dalam kolum yang ditulis oleh Tengku Khalida Tengku Bidin memilih tajuk “Pulangnya biduanita sepanjang zaman”.
Mengimbas zaman kanak-kanaknya, Tengku Khalida mengingati semula kata-kata ibunya yang menyebut, “Sharifah Aini inilah pengganti Saloma, isteri P.Ramlee”.
Kemunculan lagu Seri Dewi Malam sentiasa dinantikan oleh ibu penulis itu.
Akhbar BH Ahad pula memilih tajuk lagu itu sebagai tajuk utamanya, “Tiada Lagi Seri Dewi Malam”, lagu yang cukup sinonim dengan Allahyarham.
Wartawan hiburan terkenal yang kini merupakan koresponden di Jakarta, Saharuddin Musthafa pula menulis pengalamannya bersama Sharifah Aini dalam satu artikel bertajuk “Perginya seniwati sejati”.
Dalam wawancara eksklusif dengan Allahyarham pernah berkata, beliau mahu melalui hari-hari tua dengan kecantikan serta yang paling utama melalui masa depan dengan penuh keimanan.
Akhbar Kosmo Ahad menggunakan status Facebook Sharifah Aini sebagai tajuk muka depannya dalam “Luahan hati Sharifah Aini kepada rakan Facebook jadi kenyataan”.
Foto anak Allahyarham, Aliff Omar yang mengimamkan sembahyang jenazah ibunya turut mendapat perhatian akhbar tersebut.
Pemergian Sharifah Aini turut dirasai Metro Ahad yang mengiktiraf Sharifah Aini setaraf bintang dalam “Kehilangan sebutir bintang”.
Akhbar berbahasa Inggeris seperti NST turut memberikan liputan dengan tajuk berita “Nation pays tribute to Kak Pah”.
Antara berita lain yang turut mendapat perhatian akhbar adalah kehadiran Datuk Siti Nurhaliza di Masjid At Taqwa.
Kehadiran penyanyi yang terpalit sejarah hitam dengan Biduanita Negara itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ini kerana hubungan kedua-dua bintang popular Negara ini berjaya dipulihkan atas usaha sekumpulan media dalam satu sesi fotografi sempena Hari Raya empat tahun dahulu.
Sosok penyanyi wanita popular negara itu dilihat mengalirkan air mata sewaktu menziarahi jenazah. Foto-foto itu kini berlegar di media sosial.
“Air mata Siti di pusara Sharifah Aini” dipilih oleh BH Ahad manakala Metro Ahad meletakkan “Siti Nurhaliza sebak kenang Sharifah Aini”.
Menurut laporan BH Ahad yang memetik Siti Nurhaliza, “Demi Allah, Siti tak pernah simpan dalam hati apa yang berlaku antara kami dahulu. Apa yang berlaku dulu biarlah berlalu.”.
Media dan wartawan Malaysia akan terus mengingati Allahyarham sebagai antara artis yang berbudi pekerti, pemurah dan akan sentiasa dianggap sebagai kakak.
Al-Fatihah
Muzaffar Mustapa
Sun Jul 06 2014
Media utama negara kenang Biduanita Negara
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Israel bebaskan 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dalam pertukaran tawanan
Ratusan rakyat Palestin berhimpun di sekitar Ramallah untuk menyambut kepulangan tahanan yang dibebaskan, sambil mengibarkan bendera Palestin.
Operasi pengusiran: Komuniti imigran di AS resah
Pentadbiran Donald Trump mengarahkan pihak berkuasa untuk melakukan sekurang-kurangnya 1,800 penangkapan pendatang tanpa izin setiap hari, menyebabkan komuniti imigran gelisah dan tidak dapat hidup tenang.
Gencatan senjata: Rakyat Palestin bersiap terima rawatan di luar negara
Nariman Shekshek gembira anakanya akan menerima rawatan, namun dia menyuarakan kebimbangan untuk meninggalkan anak-anaknya yang lain.
Mayat, sisa pesawat kecil terhempas berselerakan
Pada masa sama, rakaman video oleh saksi turut menunjukkan mayat serta anggota badan berselerakan di jalan serta dalam rumah berdekatan.
Agensi PBB akan terus beri bantuan kepada Gaza
UNRWA tidak menerima sebarang arahan rasmi daripada pihak berkuasa Israel tentang bagaimana mereka merancang untuk melaksanakan larangan tersebut.
Barangan runcit dan lembu seludup bernilai lebih RM700,000 dirampas
Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dan barangan runcit dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM706,750 dalam dua serbuan berasingan.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini
Pembelian 30 pesawat pejuang jenis F/A-18C D Hornet terpakai dari Kuwait dijangka dimuktamadkan tahun ini.
Jawatan presiden, timbalan presiden mungkin tak dipertandingkan
PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Mei ini.
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Daerah Beluran pulih sepenuhnya dan semua PPS ditutup 6 petang tadi, menjadikan hanya sembilan PPS dibuka di empat daerah di Sabah.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir tahniah kepada Siti Nurhaliza
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin.
Nasihat Aishah buat pendatang baharu
Kata Aishah, penting buat setiap penyanyi mempunyai identiti sendiri untuk kekal lama.
'Sedih, namun saya percaya ini yang terbaik' - Anak Sharifah Aini
'Sedih jual rumah, tapi keputusan tepat' - Anak Allahyarham Sharifah Aini
Sudah terlambat selamatkan rumah Sharifah Aini, kerajaan digesa buka galeri khas
Banyak pihak meluahkan rasa kesal kerana rumah Allahyarham Datuk Sharifah Aini sudah dijual dan dirobohkan tanpa ada sebarang usaha daripada kerajaan untuk memelihara tinggalan Biduanita Negara itu.
Syarikat pemaju terkejut rupanya rumah dirobohkan milik Sharifah Aini
Kediaman mewah dua tingkat milik biduanita Allahyarham Datuk Sharifah Aini kini hanya tinggal kenangan selepas dirobohkan syarikat pemaju, Al-Anbia Sdn Bhd pada bulan lalu.
Kuih buah tanjung si pemanis mulut laris sepanjang bulan Ramadan
Kuih tradisional buah tanjung antara pemanis yang dicari sepanjang bulan Ramadan di Kelantan.
Aliff Omar, anak Allahyarham Datuk Sharifah Aini nikah hari ini
Satu-satunya anak Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Aliff Omar Ali selamat bergelar suami kepada Nur Athirah Datuk Syed Azmi pada 11 pagi tadi.
Aliff, anak tunggal Allahyarham Sharifah Aini nikah Oktober ini
Anak tunggal kepada biduanita negara, Allahyarham Sharifah Aini yang baru sahaja mengikat tali pertunangan pada 23 Ogos lalu bakal bernikah tidak lama lagi.
Nukilan terakhir Datuk Sharifah Aini buat Aliff
Malah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Allahyarham seakan tahu 'masanya' sudah tiba.
Media utama negara kenang Biduanita Negara
Hampir semua akhbar utama meletakkan wajah Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini di bahagian utama akhbar masing-masing.