Pelakon dan usahawan Mawar Rashid akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai keputusan dia tidak lagi mengenakan hijab.
Mengakui tindakannya itu tidak patut dijadikan contoh, Mawar menerusi hantaran di Instastory turut memberitahu dia masih berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan Allah.
“Minta maaf saya tak angkat dan tak reply semua yang tanya keadaan saya. Saya baru buka handphone malam ni. Saya akan bagi kenyataan di sini sahaja ya.
“Saya tak nak cakap banyak mengenai isu ini sebab tindakan saya ni bukanlah tindakan yang baik dan tidak patut dicontohi.
“Sungguh pun semua ini dah berlaku, saya masih berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Allah. Biarlah usaha saya ini antara saya dan Allah SWT sahaja,” kata Mawar.
Pada perkongsian yang sama, Mawar turut memohon maaf kepada semua pihak yang kecewa dengan keputusannya dan meminta semua orang mendoakan agar dia terus istiqamah dalam memperbaiki diri.
“Saya juga nak minta maaf kepada semua orang yang saya dah kecewakan. Saya dah buat dan saya cuba sedaya upaya untuk istiqamah selama ni. Tapi saya gagal kali ini.
“Doakan saya untuk istiqamah dalam usaha memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan ini. Terima kasih kepada yang masih sokong saya, bagi kata positif dan doakan yang baik untuk saya. Terima kasih,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Mawar Rashid memuat naik dua keping foto memperlihatkan dia tidak lagi berhijab dan mengakui sudah mencuba namun gagal. - Gempak
Gempak
Tue Oct 10 2023
Mawar turut memohon maaf kepada semua pihak yang kecewa dengan keputusannya dan meminta semua orang mendoakan agar dia terus istiqamah dalam memperbaiki diri. - Gambar Gempak
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
Mawar Rashid mohon maaf, dah cuba istiqamah bertudung tapi gagal
Pelakon dan usahawan Mawar Rashid akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai keputusan dia tidak lagi mengenakan hijab.
Pakai jubah, tudung pemberian Siti Sarah, netizen doakan Nora Danish istiqamah
Penampilan Nora yang sopan dan sederhana itu mendapat pujian daripada netizen.
Pas perlu istiqamah dalam menghadapi cabaran - Abdul Hadi
Ujarnya, tujuh amanah penting perlu dilaksanakan Pas ketika ini.
"Kenapa waktu di Mekah boleh jaga aurat, tapi balik Malaysia tak?"- Mila Jirin
Moga kita semua terus istiqamah...
'Kalau kita masih lemah ketika baru terima hidayah, carilah...' - Adam Corrie kongsi cara terus istiqamah
Bukan mudah untuk terus istiqamah
Tampil dengan imej baru, peminat doakan Hafiz Suip istiqamah
Hafiz Suip kini tampil dengan imej yang berbeza selepas dilihat sering mengenakan serban dan berjubah.
Fathia Latiff dekatkan diri dengan agama
Mengakui pernah berasa berputus asa dengan apa yang berlaku, anak kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang ini tidak menunggu lama untuk bangkit semula.
PM Najib ucap selamat berpuasa kepada umat Islam
Datuk Seri Najib Tun Razak juga turut mendoakan semoga negara akan sentiasa dirahmati, mendapat barakah dan maghfirah yang dijanjikan Allah SWT pada bulan Ramadan ini.