Antaranya adalah tentang istiqamah dalam menjaga aurat dengan sempurna selepas pulang dari tanah suci Mekah.
Menurutnya, dia mula menyedari ramai termasuk dirinyaa hanya menjaga aurat ketika berada di Mekah, tetapi lupa untuk membuat perkara yang sama apabila pulang ke tanah air.
Justeru, Mila berharap dan berdoa agar Tuhan membimbingnya supaya terus istiqamah dalam menjaga aurat dengan sempurna.
“Semenjak balik dari Umrah... banyak sangat yang saya fikirkan tentang "ISTIQAMAH" .... Hati seperti berbicara dengan diri sendiri "Kenapa waktu di Makkah Madinah, boleh menjaga AURAT sebaiknya...kenapa balik Malaysia masih berseluar Jeans..BERTUDUNG tetapi masih tak TUTUP AURAT dengan sempurna???"
“PERSOALAN ini hari hari bermain di fikiran dan hati saya... BENAR...MALU nya pada ALLAH ...Waktu mengejakan Umrah AURAT ditutup sebaiknya...Saya secara AUTOMATIK tau tentang PENTING tutup aurat...tetapi bila pulang ke sini, back to normal dan mula LUPA apa itu Aurat.... Allahuakbar! Bimbinglah kami agar ISTIQAMAH & TAAT kepada mu ya ALLAH...
“Sekadar pengkongsian dari hati seorang hamba Allah,” tulisnya.
BACA JUGA: Iman tak kuat, Emma akhirnya buang tudung
BACA JUGA: Syed Abdullah kecewa didakwa punca Emma tanggal tudung
BACA JUGA: Imej berhijab: Doakan saya masih diterima - Jihan Muse
Mila berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Rata-rata pengikutnya turut bersetuju dengan apa yang dikatakan Mila serta sama-sama mendoakannya istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna