PELAKON Mawar Rashid berkongsi kegembiraan apabila dapat bertentang mata dengan adik kandungnya setelah 23 tahun terpisah.
Menurut Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, adik perempuan yang dikenali sebagai Aireen itu merupakan anak bapanya daripada perkahwinan bersama isteri ketiga.
“Arwah bapa ada tiga isteri, ibu saya nombor dua. Saya tak pernah jumpa adik-beradik daripada isteri nombor tiga. Mungkin pernah jumpa, tapi lupa sebab masa itu sangat kecil, umur saya lima tahun.
“Jadi selepas 23 tahun, ini kali pertama jumpa adik kandung saya. Dapat peluk, bercakap dan kenal antara satu sama lain,” ujarnya teruja.
Tambah Mawar, Aireen mempunyai seorang lagi adik perempuan, sekali gus menjadikan dia kakak kepada dua adik perempuan.
Biarpun berlainan ibu, Mawar mengakui perasan sayang sangat menebal dalam jiwanya apabila berjumpa dengan Aireen.
“Selama ini saya fikir jadi anak bongsu, tapi sebenarnya ada adik lagi. Saya sebenar suka ada adik angkat dan sentiasa mahu ada adik perempuan. Alhamdulillah sekarang dapat jumpa betul-betul adik kandung.
“Dia pula sangat manis, cantik luar dalam dan paling penting seorang yang sangat positif. Biarpun berlainan ibu, perasan sayang sangat menebal dalam jiwa saya bila berjumpa dengan Aireen,” luahnya dalam satu hantaran di laman Instagramnya pada Jumaat.
Dalam perkongsian sama, bekas finalis Dewi Remaja 2014/2015 itu pertemuan dengan adik kandungnya itu cukup membahagiakan dirinya sehingga sukar digambarkan dengan perasaan.
“Rasa terharu, rindu, kasih dan cinta sangat kat adik saya. Lebih-lebih lagi muka dia persis dan mirip sangat seperti arwah bapa. Rindu sangat kat arwah bapa.
“Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Datuk Haji Wan Abdul Rashid,” katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 08 2023

Mawar (kiri) berkata pertemuan dengan adik kandungnya itu cukup membahagiakan dirinya sehingga sukar digambarkan dengan perasaan. - Sinar Harian
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

'Ia terlalu peribadi' - Mawar Rashid bakal jawab dakwaan kahwini jejaka dari Brunei
Kata Mawar, dia bakal berkongsi sebarang berita gembira sekiranya sudah bersedia.

Mawar Rashid umum berpisah dengan suami
"Kami berdua setuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Raf dan saya masih lagi mempunyai hubungan baik dan akan sentiasa begitu."

Mawar Rashid jumpa adik kandung selepas 23 tahun terpisah
Pelakon Mawar Rashid berkongsi kegembiraan apabila dapat bertentang mata dengan adik kandungnya setelah 23 tahun terpisah.

"Tima banyak tolong family, sebab tu ..." - Mawar Rashid dedah sikap Emma Maembong
Selamat hari lahir ..

"Bu Kasih Suci" tiga cerita dalam sebuah filem
Bagi Wan Hanafi Su pula, watak yang diberikan kali ini bertepatan dengan apa yang dikehendakinya.

Raden Muhammad Rafael nama 'baby boy' Mawar Rashid
Hi Raden!
.jpg)
"Sebelum ni Mawar memang boleh baca Al-Quran, tapi ....." - Mawar Rashid
Alhamdulillah....

Seriau tengok Mawar Rashid buat Zumba ketika hamil 7 bulan, ini penjelasannya
Risau pula lihat Mawar lakukan senaman ketika hamil.

Tudung... sampai masa isteri saya pakailah, tak perlu nak maki-maki - Raf Yaakob
Suami kepada pelakon Mawar Rashid, Raf Yaakob meluahkan rasa kecewa dengan tohmahan dan hinaan yang dilemparkan oleh segelintir individu terhadap isterinya kerana tidak bertudung.

#MawaRaf tidak boleh puaskan hati semua pihak - Raf Yaakob
Suami kepada Mawar Rashid, Raf Yaakob meminta semua netizen mendoakan yang baik-baik sahaja terhadap ikatan yang baru dimeterai itu.