Penyanyi dan penulis lagu Islamik, Maher Zain akan mengeluarkan dua single tahun ini sebagai persediaan pelancaran sebuah album pada 2020.
"Kami sedang mengusahakannya (album baharu)... harapnya dapat dilancarkan tahun depan," kata artis berketurunan Lubnan-Sweden itu pada sidang media 'Maher Zain Malaysia Tour 2019' pada Rabu.
Album terakhir artis yang pernah memenangi anugerah itu, One, dikeluarkan pada 2016.
Hadir sama pada sidang media itu ialah Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Islam Kumpulan CIMB Mohamed Rafe Mohamed Haneef.
Penyanyi itu akan memulakan jelajahnya di Malaysia dengan persembahan di Axiata Arena di sini pada 9 Mac, diikuti Stadium Pasir Gudang, Johor (15 Mac), SPICE Arena, Pulau Pinang (16 Mac) dan Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Mac.
Maher berharap peminatnya akan menjadikan konsert jelajah itu satu kejayaan yang tidak dilupakan.
Dilaporkan 35 peratus tiket konsert sudah terjual atau ditempah setakat ini.
BACA: Konsert jelajah Malaysia Maher Zain pada Mac
Sementara itu, Mohamed Rafe yakin konsert jelajah tersebut akan mendapat sambutan hangat memandangkan Maher mempunyai ramai peminat di negara ini.
"Saya percaya Maher bukan sahaja akan menghiburkan peminatnya tetapi turut memberikan persembahan bertaraf dunia," katanya.
TONTON: Maher Zain kembali bertemu peminat dalam konsert siri jelajah sulung
Konsert jelajah itu dibawa oleh CIMB Islamic Bank Berhad dan dianjurkan oleh New Catalysts Resources and MyEvents International dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) serta Sinar Harian sebagai rakan kongsi media rasmi.
Tiket berharga antara RM78 dan RM1,000 boleh dibeli menerusi www.tixmalaysia.com.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 09 2019
![Maher Zain bakal lancar dua single dalam masa terdekat Maher Zain bakal lancar dua single dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71547049491_SyedSaddiq.jpg)
Syed Saddiq sempat berswafoto dengan Maher Zain sewaktu sidang media 'Maher Zain Malaysia Tour 2019' pada Rabu. --fotoBERNAMA
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
Gara-gara mabuk, rakan serumah tikam lelaki 11 tikaman
Seorang lelaki cedera ditikam dengan 11 tikaman orang rakan serumahnya yang mabuk di Desa mentara, Sungai Way Petaling Jaya pada Rabu.
27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal
Kematian 27 anjing liar dalam tempoh tiga hari dipercayai diracun di sekitar kawasan sebuah pangsapuri di Tanjong Bungah, George Town awal bulan ini mungkin dilakukan pihak yang tidak berpuas hati dengan pertambahan populasi haiwan tersebut di situ.
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Genap 10 tahun lalu, dunia masih menunggu keadilan untuk MH17
Tarikh 17 Julai, 2024, menandakan genap 10 tahun sejak tragedi melibatkan pesawat Malaysia Airlines MH17, yang telah mengorbankan 298 nyawa, dengan 42 daripadanya adalah rakyat Malaysia.
KPDN Kelantan rampas 744 kg gula pasir kasar
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas sebanyak 744 kilogram (kg) gula pasir kasar di dalam dua buah kereta ketika cuba diseludup ke Thailand, semalam.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Bakar pentas berang artis tak muncul buat persembahan Bakar pentas berang artis tak muncul buat persembahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719368987_bakarpentas.jpg)
Bakar pentas berang artis tak muncul buat persembahan
Penonton ternyata kecewa kerana tiket konsert berkenaan telah mereka beli sejak enam bulan yang lalu.
![Artis berstatus suami orang, pelakon wanita dicekup berkhalwat? Artis berstatus suami orang, pelakon wanita dicekup berkhalwat?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709950696_TangkapKhalwat.jpg)
Artis berstatus suami orang, pelakon wanita dicekup berkhalwat?
Tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.
![FENIX360 perkasa golongan artis melalui revolusi landskap kreatif FENIX360 perkasa golongan artis melalui revolusi landskap kreatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705309634_TBfenixjpg.jpg)
FENIX360 perkasa golongan artis melalui revolusi landskap kreatif
FENIX360 mengubah cara artis berhubung dengan penonton, berkolaborasi dengan rakan sekerja, dan mengekalkan kerjaya kreatif mereka.
![#GengSubuhMacamJumaat: Bukan kepentingan peribadi, ini perkara paling asas - Alif Satar #GengSubuhMacamJumaat: Bukan kepentingan peribadi, ini perkara paling asas - Alif Satar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705230095_Alifsatar.jpg)
#GengSubuhMacamJumaat: Bukan kepentingan peribadi, ini perkara paling asas - Alif Satar
Alif tidak merasakan gerakan itu sebagai miliknya secara peribadi, tetapi ia adalah milik setiap individu yang sedang berusaha ke arah memperbaiki diri menjadi umat Islam yang lebih baik.
![Temui figura Islam, artis terkenal di Datum Munajat Temui figura Islam, artis terkenal di Datum Munajat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703892162_AkhilHayyWaheeda.jpg)
Temui figura Islam, artis terkenal di Datum Munajat
DCI menganjurkan himpunan figura Islam seperti Habib Nael Ben Taher, Habib Husein Jafar, Syeikh Muhammad Siddiq dan Anas Abu Jaish.
![Atas Angin Festival 2023 mahu lakar sejarah sebagai festival indie terbesar di Malaysia Atas Angin Festival 2023 mahu lakar sejarah sebagai festival indie terbesar di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688807683_atasangin.jpg)
Atas Angin Festival 2023 mahu lakar sejarah sebagai festival indie terbesar di Malaysia
Bertempat di Rooftop @ 7 Mytown Cheras, festival itu bakal dijayakan 75 artis, berlangsung selama 15 jam dan beraksi di empat pentas.
!['Sudah tiada lagi air mata untuk menangis' - Zaiton Sameon kongsi kisah hidup 'Sudah tiada lagi air mata untuk menangis' - Zaiton Sameon kongsi kisah hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676680051_ZaitonSameon.jpg)
'Sudah tiada lagi air mata untuk menangis' - Zaiton Sameon kongsi kisah hidup
Apa yang membuatkan Zaiton lebih sedih apabila ada pihak mendakwa dia sudah tidak boleh menyanyi lagi.
![Lenjan artis kerja 20 jam...? Lenjan artis kerja 20 jam...?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61672800598_jureyrosli.jpg)
Lenjan artis kerja 20 jam...?
PTVM ingin menegur sikap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang bagaikan tidak memahami masalah sebenar industri.
![Perkeso dan Profima meterai MoU, lindungi penggiat seni di bawah SKSPS Perkeso dan Profima meterai MoU, lindungi penggiat seni di bawah SKSPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663744332_tapakkuaridiKeram.jpg)
Perkeso dan Profima meterai MoU, lindungi penggiat seni di bawah SKSPS
Perkeso hari ini memeterai MoU dengan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
![Aizat Amdan umum tarikh perkahwinan, dedikasi lagu buat bakal isteri Aizat Amdan umum tarikh perkahwinan, dedikasi lagu buat bakal isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659530077_AizatAmdan.jpg)
Aizat Amdan umum tarikh perkahwinan, dedikasi lagu buat bakal isteri
Penyanyi Aizat Amdan, 33, mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinannya dengan wanita pilihannya bernama Elyssa Alia Ilias, 34.