Pelakon Hollywood Lindsay Lohan dijatuhkan hukuman menjalani rawatan selama 90 hari di pusat pemulihan tertutup atas kesalahan menipu pihak polis.
Perintah itu adalah sebahagian daripada perjanjian rayuan sebelum pelakon bermasalah dari Amerika Syarikat itu dibicarakan.
Penyanyi berusia 26 tahun itu telah hadir ke mahkamah dan selepas satu jam bersidang, beliau telah dijatuhkan hukuman untuk tempoh percubaan selama dua tahun atas kejadian kemalangan kereta di Santa Monica pada Jun 2012.
Perjanjian itu juga menggariskan bahawa Lohan harus melakukan kerja komuniti selama 30 hari di New York atau tempat tinggalnya sekarang, serta harus menjalani sesi psikoterapi selama 18 bulan.
Perjanjian itu juga menetapkan hukuman penjara 180 hari terhadapnya kerana melanggar syarat-syarat pemerhatian seliaan.
“Pusat pemulihan tertutup bermaksud tiada pelawat, tidak boleh meninggalkan tempat itu dan kamu perlu menjalani program itu selama 90 hari sehingga tamat,” kata Hakim James Dabney.
“Kamu faham dan terima semua syarat?” tanya Dabney.
“Ya,” kata Lohan yang memakai baju berwarna putih dan tidak memakai sebarang solekan.
Hakim mengarahkan peguam Lohan yang beliau perlu membuktikan penyanyi itu tidak mengambil alkohol dan dadah.
Peguamnya juga harus membuktikan bahawa Lohan tidak mengambil bahan narkotik atau sebarang dadah terkawal yang boleh memudaratkan kesihatannya.
Perbicaraan berlangsung selepas kejadian kemalangan membabitkan kereta Porsche yang dipandu Lohan yang melanggar sebuah trak di Lebuhraya Pacific Coast.
Pada mulanya Lohan mendakwa beliau hanyalah penumpang di dalam kereta itu, tetapi siasatan menunjukkan bahawa beliau adalah pemandu kereta tersebut.
AFP
Tue Mar 19 2013


Pusingan baharu rundingan Rusia-AS akan berlangsung di Riyadh pada 24 Mac
Yury Ushakov mengumumkan bahawa pusingan baharu rundingan antara Rusia dan AS akan diadakan pada 24 Mac di Riyadh, Arab Saudi.

Alvin Tan peroleh suaka dari AS
Alvin berkata, kelulusan itu diperoleh selepas beberapa bulan berada dalam tahanan imigresen di negara berkenaan.

Israel menggila, ragut 91 lagi nyawa rakyat Palestin
Tindakan ini secara efektif menamatkan gencatan senjata yang telah berlangsung selama dua bulan.

Hamidin bakal kembali ke FAM selaku Presiden Kehormat?
Hamidin dilihat sebagai individu paling layak dipilih selaku Presiden Kehormat Seumur Hidup FAM.
Kesalahan Trafik: Pemandu lori ditahan memandu lawan arus
Seorang pemandu lori ditahan selepas dikesan memandu secara melawan arus di Jalan Persiaran Mahkota Residence, Kajang dalam kejadian yang tular di media sosial baru-baru ini.

Tentera Sudan hampir kuasai Istana Presiden di Khartoum daripada RSF
Tentera Sudan semakin hampir menguasai Istana Presiden buat pertama kali sejak pertempuran meletus dengan pasukan separa tentera RSF.
Perdana Menteri Serbia sah letak jawatan
Susulan tekanan yang meningkat untuk berundur, Perdana Menteri Serbia, Milos Vucevic letak jawatan sekali gus bermulanya 30 hari untuk pembentukan sebuah kerajaan baharu di negara bekas Soviet itu.
Konflik di Ukraine: EU ikrar terus sokong Ukraine
Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) menyatakan komitmen untuk terus menyokong Ukraine.
Protes Di Turkiye: Rakyat Turki turun bantah penahanan Datuk Bandar Istanbul
Ribuan rakyat Turki protes membantah penahanan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, yang dianggap sebagai tindakan tidak demokratik.
Parlimen Indonesia: Lulus Pindaan Ruu Ketenteraan, cetus protes besar-besaran
Parlimen Indonesia luluskan undang-undang membolehkan pegawai tentera jawat jawatan dalam sektor awam sekaligus cetus protes.

Lindsay Lohan ke pusat pemulihan lagi
Pelakon Hollywood Lindsay Lohan dijatuhkan hukuman menjalani rawatan selama 90 hari di pusat pemulihan atas kesalahan menipu pihak polis.