Tiga aktor popular itu berada di Kuala Lumpur bersempena tayangan gala filem terbaharu mereka, The Battleship Island.
Turut serta dalam promosi jelajah filem tersebut di Asia Tenggara ialah pengarah filem bercorak aksi dan sejarah itu, Ryoo Seung-wan.
Astro Gempak melaporkan peminat yang hadir bukan sahaja terdiri daripada rakyat tempatan malah dari negara luar termasuk Singapura, Thailand, Korea dan Australia.
Menerusi perkongsian di laman sosial, peminat sudah mula memenuhi pekarangan Pavilion seawal jam 2 petang lagi.
Kesemua bintang The Battleship Island tiba di Pavilion kira-kira jam 7 malam tadi.
Seperti dijangka, ketibaan mereka disambut gema sorakan lebih 6,000 peminat yang rata-ratanya tidak percaya bintang kesayangan mereka berada di hadapan mata.
Reaksi itu dapat dilihat jelas menerusi banyak perkongsian di laman sosial.
The Battleship Island merupakan antara filem yang dinanti ramai dan akan ditayangkan di 113 buah negara.
Ia mengangkat kisah benar yang berlaku ketika Perang Dunia ke-2 mengenai buruh paksa Korea yang dikerah bekerja di sebuah lombong arang batu milik tentera Jepun di pulau Hashima.
Pulau berkenaan sebenarnya adalah kapal besar yang menjadi pusat operasi melombong arang batu dasar laut, lengkap tempat tinggal dan pusat pelacuran khusus untuk tentera.
Filem itu dijadualkan ditayangkan di negara ini bermula 17 Ogos.