Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah memberitahu, pihaknya amat terkesan dengan pemergian pelakon berusia 66 tahun itu.
“Seniman amat berdukacita atas pemergian arwah ke negeri abadi namun kita redha atas kehendak ilahi.
“Seniman menyifatkan industri kreatif kehilangan seorang pelakon yang sangat berbakat buat tanah air,” katanya.
Tambah Hafiz, jenazah kini berada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dimandikan dan akan dibawa ke Masjid As Salam Puchong Perdana untuk solat jenazah.
“Allahyarham dijangka dikebumikan Tanah Perkuburan Islam USJ 22 (Masa akan dimaklumkan),” tulisnya dalam satu mesej di WhatsApp.
Untuk info, Lan Zailan meninggal dunia akibat kanser pankreas juga merupakan pelakon aktif sejak tahun 1980 dan telah berlakon lebih 10 buah filem dan puluhan drama dan telefilem di Malaysia.