SELEBRITI versatil, Alif Satar mendedahkan isterinya, Shadila Halid menyerahkan segala tanggungjawab lakonan atau babak mesra dengan pelakon wanita kepada dirinya.
Kata Alif, isterinya memahami dan percaya dia seorang yang tahu akan limitasi sebagai seorang suami dan bapa.
“Dia seorang isteri yang sangat memahami dan dia tidak meletakkan limitasi kerana dia percaya saya tidak akan melampaui batas.
“Saya sendiri akan menjaga batas bila berlakon dengan pelakon wanita,” katanya kepada Astro Gempak
Pelakon Dia Semanis Honey itu ditemui selepas sidang media Hausboom Music Concert yang berlangsung di The Finch, Kuala Lumpur pada Isnin.
Walaubagaimanapun, Alif memberitahu sebagai seorang yang beragama Islam, dia akan cuba mengelak babak mesra yang perlu bersentuhan dengan pelakon wanita.
“Setakat ini saya cuba cari cara lain untuk menunjukkan rasa mesra dengan pelakon wanita terutama bila berlakon watak suami isteri.
“Jika boleh saya elak dari bersentuhan dan bila perlu berpegangan tangan pun cuba berlapik. Bagi saya ikut keselesaan sesama pelakon.
“Bagi saya sebenarnya senang saja sebagai pelakon kena tahu guna simbolik sahaja malah perkataan yang kita cakap pun dah cukup untuk membeli imaginasi penonton.
“Lagipun saya kena sedar saya orang Islam dan netizen sekarang pun dah bijak menegur apa yang mereka rasa tak sesuai,” jelasnya.
Selain mengacara dan menyanyi Alif banya membintangi drama-drama Melayu di Astro seperti Suria Di Cordoba, Red Velvet, Family Spy dan banyak lagi.
Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Wed Aug 17 2022

Alif Satar mendedahkan isterinya, Shadila Halid memahami dan percaya dia seorang yang tahu akan limitasi sebagai seorang suami dan bapa. - Gambar GEMPAK

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dituduh buat konsert di gereja, ini jawapan Alif Satar...
Lokasi tersebut dahulunya sebuah gereja Angelican lama sebab itu tiada apa-apa lambang, tetapi sekarang ia sudah berubah menjadi dewan komuniti.

Sibuk bekerja, Alif Satar serah tugas persediaan raya kepada isteri
Selebriti versatil, Alif Satar menyerahkan segala urusan persiapan raya pada tahun ini kepada isterinya, Sha Dila Hadid.

PDRM sahut kempen 'Geng Subuh Macam Jumaat'
PDRM menjadi agensi kerajaan pertama sahut kempen #GengSubuhMacamJmumaat yang digerakkan selebriti Alif Satar.

Program imarah masjid, semarak subuh akan diperkasa - Zulkifli
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan memperkasakan lagi program pengimarahan masjid dan mengadakan program semarak subuh pada tahun ini.

Alif Satar stabil selepas kemalangan, sempat ajak solat Subuh berjemaah
Selebriti tersebut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya, menerusi satu hantaran di Instagram.

Terkesan teguran ustaz, Alif Satar perbetul diri
Alif bersyukur dan teruja kempen Geng Subuh Macam Jumaat mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam.

Alif Satar, isteri berlepas ke Makkah tunai haji
"Terima kasih Allah, terima kasih yang tidak terhingga kerana doa Alif dimakbulkan."

Rezeki Alif Satar jumpa Mufti Menk di Tanah Suci
Siapa sangka pendakwah terkenal dunia solat bersebelahan dengan artis terkenal itu.

Lakon babak mesra dengan pelakon wanita, isteri percaya Alif Satar tidak melampaui batas
Shadila Halid sangat memahami dan mempercayai suaminya.

Ducati Malaysia lancar model baharu, umum pengembangan rangkaian
Ia turut memperkenalkan kemudahan Ducati Corse Credit serba baharu untuk pembelian motosikal Ducati baharu.