DEK kerana didakwa melangsungkan konsert di sebuah gereja di London pada 28 April lalu, Alif Satar & The Locos (ASTL) tampil menjelaskan hal sebenar untuk menjawab segala persoalan yang membelenggu ramai pihak.
Menurut vokalis ASTL, Muhammad Alif Mohd Satar, 34, dirinya tidak menafikan bahawa St. John Hyde adalah sebuah gereja lama namun tempat tersebut telah pun ditukar menjadi dewan komuniti untuk digunakan oleh orang awam.
Bercerita lebih lanjut, Alif mengakui pada awalnya berasa ragu-ragu untuk membuat persembahan di lokasi berkenaan kerana enggan menyentuh sensitiviti agama, tetapi meneruskan konsert itu selepas mendapat kepastian daripada penganjur yang juga rakyat Malaysia.
"Saya sendiri turut meminta nasihat dengan ustaz.
"Lokasi tersebut dahulunya sebuah gereja Angelican lama sebab itu tiada apa-apa lambang, tetapi sekarang ia sudah berubah menjadi dewan komuniti.
“Sebenarnya saya agak ragu-ragu pada awalnya tetapi bila pihak penganjur yang juga orang Malaysia sudah jelaskan, buat saya yakin dengan lokasi tersebut.
"Saya sendiri turut meminta nasihat dengan ustaz saya sendiri yang turut mengikuti rombongan kami ke London," kongsinya.
Alif menjawab kepada persoalan tersebut ketika ditemui dalam majlis pelancaran muzik video ‘Kumandang’ yang berlangsung di Hotel W, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Dalam perkembangan terbaharu, Alif Satar & The Locos dipilih untuk bekerjasama dengan Marriot Bonvoy dalam penghasilan lagu Kumandang.
Muzik video Kumandang turut menampilkan barisan pemenang pertandingan mencipta lagu anjuran Marriot Bintulu Paragon.
Sekadar info, sebelum ini seorang pengguna TikTok menzahirkan rasa kecewa apabila Alif Satar dan kumpulannya menjalankan konsert di lokasi berikut.
Susulan isu terbabit, individu yang dipercayai rakan kepada Alif iaitu Zaidan Zainuddin menjelaskan kekeliruan yang berlaku menerusi perkongsiannya di Instagram. - Gempak
Gempak
Sun May 12 2024

Alif tidak menafikan St. John Hyde adalah sebuah gereja lama namun tempat tersebut telah pun ditukar menjadi dewan komuniti untuk digunakan oleh orang awam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dituduh buat konsert di gereja, ini jawapan Alif Satar...
Lokasi tersebut dahulunya sebuah gereja Angelican lama sebab itu tiada apa-apa lambang, tetapi sekarang ia sudah berubah menjadi dewan komuniti.

Sibuk bekerja, Alif Satar serah tugas persediaan raya kepada isteri
Selebriti versatil, Alif Satar menyerahkan segala urusan persiapan raya pada tahun ini kepada isterinya, Sha Dila Hadid.

PDRM sahut kempen 'Geng Subuh Macam Jumaat'
PDRM menjadi agensi kerajaan pertama sahut kempen #GengSubuhMacamJmumaat yang digerakkan selebriti Alif Satar.

Program imarah masjid, semarak subuh akan diperkasa - Zulkifli
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan memperkasakan lagi program pengimarahan masjid dan mengadakan program semarak subuh pada tahun ini.

Alif Satar stabil selepas kemalangan, sempat ajak solat Subuh berjemaah
Selebriti tersebut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya, menerusi satu hantaran di Instagram.

Terkesan teguran ustaz, Alif Satar perbetul diri
Alif bersyukur dan teruja kempen Geng Subuh Macam Jumaat mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam.

Alif Satar, isteri berlepas ke Makkah tunai haji
"Terima kasih Allah, terima kasih yang tidak terhingga kerana doa Alif dimakbulkan."

Rezeki Alif Satar jumpa Mufti Menk di Tanah Suci
Siapa sangka pendakwah terkenal dunia solat bersebelahan dengan artis terkenal itu.

Lakon babak mesra dengan pelakon wanita, isteri percaya Alif Satar tidak melampaui batas
Shadila Halid sangat memahami dan mempercayai suaminya.

Ducati Malaysia lancar model baharu, umum pengembangan rangkaian
Ia turut memperkenalkan kemudahan Ducati Corse Credit serba baharu untuk pembelian motosikal Ducati baharu.