SELEPAS wujudnya dakwaan yang mengatakan penyanyi Ayda Jebat 'sentap' kerana lagu nyanyiannya, Mata, tidak tersenarai untuk bertanding pada Anugerah Juara Lagu ke-32, penyanyi itu tampil memberikan penjelasan.
Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 25, menjelaskan yang dirinya tidak berniat untuk mempertikaikan tugas juri.
"Saya tidak mempunyai sebarang niat untuk mempertikaikan kerja atau tugas juri. Malah saya menghormati keputusan mereka. Saya cuma mahu bertanya untuk kebaikan diri sendiri.
"Saya mahu bertanya kekurangan dan kesilapan saya. Sudah tiga kali saya kandas di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik, jadi saya mahu tahu apa sebabnya agar saya tidak mengulangi kesilapan saya di masa akan datang," katanya lagi.
Tambah Ayda, penting untuk dirinya mengetahui sebab tersebut agar dia dapat memperbaiki kelemahan sendiri.
"Saya bertanya mengenai markah saya sahaja, bukannya markah peserta-peserta lain. Saya mahu melihat kesilapan sendiri untuk penambahbaikan.
"Saya mahu melakukan yang terbaik di masa akan datang dan tidak mahu mengecewakan peminat saya. Mereka ibarat nadi penggerak saya dalam industri hiburan. Sudah pasti saya mahu membuat mereka rasa bangga," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Pencuri Hati ini bakal muncul dengan filem Pinjamkan Hatiku yang bakal ditayangkan di pawagam 30 November ini.
Filem arahan Osman Ali sedang giat menjalani sesi promosi dan menggandingkan Ayda bersama dua aktor hebat, Shaheizy Sam dan Farid Kamil.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @aydajebat
Gempak
Thu Nov 16 2017
Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 25, menjelaskan yang dirinya tidak berniat untuk mempertikaikan tugas juri. - Foto Instagram
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Ayda Jebat kongsi keadaan ayah selepas diserang strok
Penyanyi Ayda Jebat berkongsi mengenai keadaan terkini ayahnya yang sebelum ini dikhabarkan dimasukkan ke hospital akibat strok.
THSS: Semua L.U.S.M, Ayda Jebat ungguli minggu pertama
Kemenangan itu membolehkan Ayda membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.
Watsons Malaysia lancar kempen 'Dimensi Raya Paling Unik', angkat tema kekeluargaan
Watsons Malaysia melancarkan kempen Raya bertemakan 'Dimensi Raya Paling Unik' yang menampilkan promosi menarik di kedai dan atas talian serta filem jenama bertajuk Watsons Dimensi Raya Paling Unik.
Ayda Jebat syukur, selamat bersalin anak kedua
Ayda Jebat dan suami, Nabil Mahir timang cahaya mata lelaki pada 12.12.2023.
'Nak tegur tapi tak terkeluar pula kata' - Ayda Jebat tak selesa perut disentuh ketika bergambar
Tidak selesa dengan situasi itu, Ayda bagaimanapun berkata dia tidak kisah jika ada peminat ingin bergambar dengan memegang bahu atau tangan namun tidak berlebihan dengan mengusap perutnya.
Ayda Jebat bakal timang anak lelaki
Pengumuman itu dibuat menerusi pelancaran klip video dan lagu terbaharunya, Be Mine.
'Maaf, lepas gian' - Ayda Jebat ditegur terlalu lincah di atas pentas ketika hamil
Ayda bagaimanapun mengatakan dia belum lagi dalam keadaan sarat memandangkan usia kandungannya masih dalam lima bulan.
Ayda Jebat tak sampai hati tengok kaki netizen melecet, nak bayar balik RM638
Ayda mahu membeli semula kasut berkenaan dengan harga asal supaya pengguna Twitter tersebut dapat beli kasut baharu yang lebih selesa.
Ayda Jebat usik Nabil idam anak lelaki
Ayda secara berseloroh turut mengusik suaminya yang beria-ia mahu menikmati hidangan daging wagyu dalam misi untuk cuba dapatkan anak lelaki.
Kahwini Nabil Mahir kerana harta? Ini jawapan Ayda Jebat...
Ayda tegaskan dia bukan jenis wanita yang memandang harta, jauh sekali untuk meminta-minta.