Lady Gaga mendedahkan tajuk single pertama dari album baru beliau iaitu “Applause”. Beliau menggunakan Twitter untuk mengumumkan perkara tersebut dan single itu bakal dilancarkan pada 19 Ogos.

Tajuk album baru beliau pula diberi nama “ARTPOP” dan bakal berada di pasaran pada 11 November.

Ini merupakan album susulan selepas kejayaan album "Born This Way" pada 2011.

Klik video untuk berita penuh.