PENERBIT dan pengarah Aziz M.Osman memberikan pandangan sinis terhadap kritikan seorang pelakon terhadap pendatang baharu.

Menerusi sebuah entri di Twitter, telah menulis status:

"Cuma mampu senyum pelakon lama kutuk pelakon baru. Padahal dulu dia pun sama."

Rata-rata peminat bersetuju dengan status yang dimuat naik Aziz dan mereka berharap agar pelakon-pelakon baru diberikan peluang untuk berkarya.

@Noorainme: "Dia tau dia dulu kayu, sebab tu dia beri tahu dia masa mula-mula berlakon banyak tuntut ilmu, dia nak pelakon baru perbaiki dan belajar. Dia bukan kutuk babi buta."

@Ahmad12: "Kesian pelakon baru tu. Asyik kena banding dengan zaman diaorang yang lama-lama. Tak bagi peluang langsung untuk perbaiki."

@Farhan: "Setuju sangat. Yang pelakon lama yang mengutuk, dulu saya suka tengok jugak, tapi bila dah kutuk pelakon baru terus hilang rasa hormat."

@Tamin: "Dia lupa dah dulu dia kayu juga, sebab sekrang dah popular. Kutuk sana kutuk sini. Saya setuju sangat bang. Sekarang rezeki orang baru. Zaman kenaikan dan kegemilangan dia orang pula. Masyarakat yang nak muka baru."


Jangan lupa untuk saksikan drama My Darling Inspektor Daniel arahan Aziz M.Osman, yang sudah mula ditayangkan di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi