Di era 90an, ketika dunia muzik antarabangsa dilanda kegilaan boyband yang dicetuskan oleh New Kids on the Block, yang kemudiannya diteruskan oleh Backstreet Boys dan 'NSYNC, peminat muzik di negara ini pula 'dijangkiti' demam yang hampir sama.
Tidak bermaksud menyamakan mereka dengan boyband luar, kerana realitinya arah muzik dan konsep mereka tidak sama, namun perlu diakui, fenomena yang dicipta tidak jauh berbeza.
Sold out tour, konsert dalam dan luar negara, lebih 10 buah lagu yang pernah mencapai kedudukan nombor satu di pelbagai carta muzik, countless of industry awards dan catatan lebih 1 juta jualan album; ia sebahagian daripada lukisan dalam kanvas mereka yang penuh warna-warni.
Itulah KRU. Berselang 25 tahun kemudian, empayar mereka bukan sahaja terus hidup, malah bertapak kukuh dan teguh.
Dengan 13 buah album dan ratusan buah lagu, tentunya bukan senang mahu memampatkannya dalam satu konsert berdurasi dua jam.
Ironinya, konsert yang merupakan salam perpisahan KRU untuk peminat ini diraikan penuh meriah, sesuai dengan hebatnya legasi yang bakal ditinggalkan.
Yusry was on his usual charm, Edry masih joker of the group, dan Norman masih 'si abang long'.
Memulakan persembahan dengan rangkaian lagu The Way We Jam, Awas dan Terhangat Di Pasaran, baik Norman, Yusry mahupun Edry, berjaya menyuntik adrenalin penonton ke tahap tertinggi.
Bagaikan satu sesi karaoke beramai-ramai apabila peminat juga cukup sporting menyanyi bersama-sama lagu yang menjadi peneman mereka di zaman remaja.
Seleksi 16 buah lagu yang disampaikan merupakan lagu-lagu yang sehingga kini masih menjadi siulan ramai, antaranya Negatif, Mengerti, Apa Saja dan Oh La! La!, yang turut diselang-selikan dengan sesi 'imbasan semula' kisah humor dan jenaka yang terlakar sepanjang 25 tahun bergelumang sebagai anak seni.
Agak menarik juga apabila KRU membuat satu segmen tribute untuk kumpulan penari yang suatu ketika dulu sering bersama mereka menghidupkan setiap persembahan pentas, yang dikenali sebagai DanceKRU.
Di tengah-tengah kerancakan tiga beradik ini mengusik sesama sendiri dan mengimbau kenangan silam, hati penonton terusik apabila Edry meluahkan penghargaan tidak terhingga buat para peminat yang setia di belakang mereka.
"Kami tak pernah jangka akan bertahan selama ini. Dulu semasa memulakan kerjaya sebagai artis, kami cuma mahu memberi hiburan, kami hanya mahu buat lagu," katanya sebak.
Dua jam berlalu tanpa disedari. Tatkala Fanatik berkumandang sebagai encore, penulis sedar itulah kali terakhir menyaksikan KRU bersatu di pentas.
Hakikatnya, KRU merupakan tiga bakat luar biasa yang bersatu di bawah satu jenama dan 50 tahun akan datang pun, belum tentu akan ada yang mampu menjadi pengganti.
Konsert Gergasi KRU 25 akan diteruskan malam ini dan esok di Panggung Sari, Istana Budaya.
Nota: Sila hormati peraturan Istana Budaya yang tidak membenarkan sebarang rakaman sepanjang persembahan berlangsung. Pancaran laser itu sangat mengganggu bagi mereka yang mahu berhibur dengan tenang. Nikmati dan hayati setiap baris lirik dan melodi, simpan semuanya dalam hati. Percayalah, memori itu akan kekal abadi.
Madiha Abdullah
Sat May 05 2018
Konsert yang merupakan salam perpisahan KRU untuk peminat ini diraikan penuh meriah, sesuai dengan hebatnya legasi yang bakal ditinggalkan. - Astro Gempak
Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.
Pantau Agenda Reformasi: Lori pencabut nyawa, apa tindakan keselamatan?
Ikuti ulasan Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh, mengenai tindakan yang wajar diambil untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya daripada nahas akibat kenderaan berat yang tidak mengikut piawaian keselamatan pihak berkuasa.
Sebatan di khalayak: Perlu pendekatan harmoni peruntukan undang-undang sivil, syariah - KP IKIM
IKIM akan menganjurkan sidang meja bulat tertutup bagi membincangkan beberapa isu berbangkit termasuk pelaksanaan hukuman sebatan syariah di khalayak ramai di Terengganu.
Cederakan junior UPNM: Mahkamah tetap 4 Februari sebagai tarikh sebutan kes
Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 4 Feb tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pegawai kadet ALK UPNM yang didakwa mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas.
[INFOGRAFIK] Tenaga Buruh (Oktober 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan Tenaga Buruh Oktober 2024.
NUBE lancar kempen hapuskan bayaran pengeluaran tunai RM1
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) melancarkan kempen tandatangan bertujuan menghapuskan bayaran pengeluaran tunai RM1 di ATM antara bank yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Turkiye berhasrta bekalkan tenaga elektrik ke Syria
Turkiye berhasrat membekalkan tenaga elektrik ke Syria dan mengukuhkan infrastruktur kuasanya.
Kerajaan Jepun luluskan draf Belanjawan 2025 dengan peruntukan pertahanan tertinggi
Daripada jumlah itu, lebih 10 peratus atau 8.7 trilion yen akan digunakan untuk perbelanjaan pertahanan.
Prestasi China dalam pembangunan berkualiti tinggi 2023
Jurucakap Jabatan Statistik Negara (NBS) memaklumkan berhubung dapatan yang tercatat dalam Tinjauan Ekonomi Kebangsaan kelima dalam satu sidang media anjuran Dewan Negara di sini pada Khamis.
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Kewangan, Lawrence Wong akan membentangkan kenyataan Belanjawan Singapura 2025 di parlimen pada 18 Feb.
Eddry KRU sanggup berhijrah ke UK demi anak autisme
Penyanyi dan komposer, Edry Abdul Halim bersyukur kerana akhirnya anak ketiganya, Emery, 11, yang merupakan anak autisme sudah bersekolah di Manchester, United Kingdom.
KRU kembali hasilkan single terbaru, Datuk Afdlin Shauki bakal artis baru KRU?
Datuk Norman di media sosial menyatakan Edry sedang menyiapkan single pertama di bawah label KRU Entertainment UK yang berpusat di Manchester, United Kingdom.
Konsert Gergasi KRU 25, penutup penuh gemilang buat KRU
Konsert yang merupakan salam perpisahan KRU untuk peminat ini diraikan penuh meriah, sesuai dengan hebatnya legasi yang bakal ditinggalkan.