Edry memberitahu Emery mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah tersebut yang dikhaskan untuk anak-anak istimewa seperti anaknya.
“Syukur Emery dah masuk sekolah menengah khas dengan anak2 istimewa yang lain..
“Cikgu kata dia bijak dan cepat sesuaikan diri dengan persekitaran... Wishing the best for my dear son,” tulisnya.
Anggota kumpulan KRU itu berkongsi perkara tersebut di akaun Insatrfgam (IG) miliknya.
Terdahulu, Edry pernah memberitahu dia membuat keputusan untuk berhijrah bersama keluarganya ke Manchester bagi membolehkan Emery mendapatkan pembelajaran terbaik sebagai golongan autisme.