KUALA LUMPUR: Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Hampir sedekad usianya dalam industri hiburan tanah air, pelantun lagu Terus Hidup ini tidak hanya dikenali dengan penampilan fesyen uniknya tetapi aura vokalnya turut diakui ramai artis senior termasuklah Hattan mahupun Misha Omar.
Justeru, peluang bekerjasama dengan pemilik Nurul Aina Abdul Ghani menerusi konsert sulungnya di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada Mei ini, dianggap konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) Ahmad Muriz Che Rose sebagai satu keistimewaan amat berharga.
Apatah lagi, sepertimana Aina yang mengimpikan untuk mengadakan persembahan di pentas berprestij, begitu juga dengan Ahmad Muriz yang telah lama menyimpan impian menjayakan konsert bersama wanita tersebut sekali gus menjadi penanda aras baharu buat kumpulan orkestranya.
"Ia benar-benar suatu pengiktirafan tinggi bagi MPO apabila beliau (Aina) sudi menyanyi di pentas sama untuk mempersembahkan lagu-lagu Aina Abdul dalam versi simfoni.
"Tahap penyusunan muzik kali ini, kami lakukan secara teliti, lagu itu sudah mempunyai kelas tersendiri...jadi macam mana MPO nak jadikan ia lebih hebat, itu cabaran dan keseronokanya," katanya pada sidang media Konsert Aina Abdul bersama MPO di sebuah hotel baru-baru ini.
Bercerita lanjut, beliau berkata keinginannya untuk bekerjasama dengan siswazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari, Universiti UCSI, Kuala Lumpur ini terdetik selepas menonton persembahan nyanyian anak kelahiran Johor Baharu ini dalam sebuah program televisyen, tiga tahun lepas.
Aina yang ketika itu menyanyikan lagu popular Mariah Carey, membuatkan lelaki ini terpukau dengan kelunakan dan kelantangan suara wanita itu tatkala mendendangkan lagu tersebut sekali gus meletakkan sasaran untuk bekerjasama dengan wanita ini pada masa akan datang.
Aina yang bakal mendendangkan hampir 20 lagu, antaranya Sumpah, Semalam, Sepi, Puas Sudah, Sesal, Kamu, Kejam, Imaji, Ahmad Muriz berkata lagu Shadow merupakan antara paling susah untuk digubah dalam bentuk simfoni.
Namun, kerjasama yang diberikan oleh pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 dan bakat yang ada padanya, memudahkan pasukan orkestra MPO pimpinan Ahmad Muriz untuk mengubahnya sekali gus memastikan konsert tersebut berjalan lancar.
Bagi Aina pula, dia menyifatkan konsert tersebut sebagai peluang untuk dirinya menampilkan sisi matang berada di atas pentas yang penuh berprestij serta menjadi impian setiap mereka yang bergelar penyanyi.
"Saya teruja untuk melihat Aina Abdul yang matang... saya rasa (konsert ini) seperti inspirasi baharu dan memberi peluang untuk saya menerokai lagu-lagu baharu (selepas lagu-lagu digubah kepada simfoni)," katanya yang akan memberi perhatian lebih kepada persediaan vokal dan menyediakan empat persalinan untuk dua hari konsert tersebut.
Ketika ini dia berlatih sendiri dan akan menjalani latihan bersama MPO, dua minggu lagi serta berharap dapat memberikan yang terbaik pada konsert itu nanti.
Tiket persembahan dengan harga RM255 hingga RM650 boleh dibeli menerusi tempahan di laman sesawang DFP www.dfp.com.my, e-mel ke boxoffice@dfp.com.my atau telefon melalui talian 03-23317007.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024

Aina Abdul ketika sidang media mengenai Konsert Orkestra Filharmonik Malaysia di sebuah hotel hari ini. - Gambar/ Bernama

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Konsert jelajah Imaji memukau, Aina Abdul 'merasuk' penonton
Memulakan persembahan dengan lagu Imaji dan Kejam, kelunakan suara Aina tidak mengambil masa lama untuk 'merasuk' kira-kira 1,500 penonton.

Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah

Lebar sayap ke Indonesia, Aina Abdul tidak mengalah
Penyanyi, Aina Abdul mengakui kesempatan untuk menempa nama di negara orang adalah merupakan satu impian untuk setiap anak seni.

Artis ternama bergabung dalam konsert amal MPO Resonance for a Reason
Matlamat MPO adalah untuk memupuk apresiasi muzik dalam kalangan belia dan mempromosikan muzik klasikal dan tempatan kepada semua lapisan masyarakat.

Impian Aina Abdul anjur konsert jelajah pertama hampir terlaksana
Bagi Aina, segala cabaran yang dihadapi, sehingga pernah hampir putus asa, tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk menggapai impiannya.

Sekarang masa untuk bekerja, bukan bercinta - Aina Abdul
"Rugi kalau ada lelaki hadir dalam hidup saya sekarang.... saya busy!"- Aina Abdul

Air mata Aina Abdul gugur kerana konsert Imaji Tour
Konsert Aina Abdul Imaji Tour akan berlangsung di tiga lokasi iaitu Universiti Malaysia Sarawak (14 Disember), Zepp Kuala Lumpur (27 Disember), dan Universiti Utara Malaysia (11 Jan 2025).

Gaun rotan Aina Abdul, penghargaan Melinda Looi untuk pengusaha kraf Malaysia
Aina beraksi di pentas Majlis Sambutan Minggu Perpaduan 2024 baru-baru ini dengan mengenakan gaun kembang berasaskan rotan hasil rekaan Looi.

Memukau! Magis Aina Abdul bawa penonton ke alam fantasi
Bukan sahaja terpukau dengan kelunakan dan kekuatan Aina malah iringan muzik daripada Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) membuatkan penonton seolah-olah dibawa ke alam fantasi penuh magis.

Aina Abdul kongsi pengalaman bekerja dengan Melly Goeslaw
Aina berkata, Melly tidak menyekat kreativitinya selain memberi kebebasan dalam menyampaikan lagu tersebut mengikut caranya.