Kolumpo ialah kompilasi 3 buah filem pendek yang menjadikan Kuala Lumpur sebagai pentasnya.
Seperti filem-filem tempatan lain sebelum ini yang menyorot sisi-sisi terpilih penceritaan yang terpencil, sekadar menyebut beberapa buah filem yang baik seingat saya adalah Anak Halal, Chow Kit, KL Gangster, Layar Lara, Cinta.
Struktur ceritanya bergiliran seperti filem Maut atau Sini Ada Hantu. Namun kalau dipecahkan satu-satu secara berdikari ia ialah dalam kategori filem-filem pendek yang baik dan seringkali dibikin oleh penggiat filem bajet rendah dan murah dalam durasi 30 minit.
Uniknya filem Kolumpo kerana sebahagian besar durasi paparan cerita bergerak secara linear yang berlaku kurang 24 jam bagi setiap cerita dengan sedikit babak imbas kembali (flashback) dalam cerita 2 dan 3.
Cabaran utamanya pula ialah pembikinan filem pendek sebegini mesti menggunakan sepenuhnya durasi singkat setiap cerita untuk mengembangkan perwatakan dan latar ceritanya dengan segera, sekaligus dengan perjalanan ceritanya yang mesti lengkap dalam setiap segmen.
Filem seperti ini Kontradiksi pernah cuba mahu ke panggung tetapi kerana kekangan bajet, ia cuma terus dirakam dalam format DVD.
Kolumpo bernasib baik kerana salah satu filemnya dibikin oleh penggiat seni popular arus perdana Bront Palarae serta dibintangi oleh beberapa nama yang komersial bagi memudahkan strategi pemasarannya.
Namun begitu, populariti bukan jaminan untuk keuntungan tetapi sekurang-kurangnya ia memang mampu melonjakkan karya ini untuk lebih dikenali dan dihargai.
Ketiga-tiga cerita disusun dengan cantik yakni dibuka dengan kacau-bilau operasi tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam cerita Rahul, dikembangkan dengan bersiar-siar santai dalam kisah Gienna dan Nek Wok lalu diakhiri dengan drama manis remaja Hafidd dan Siti Nur Hayy yang keluar dari filem dengan tenang.
Susunan ceritanya seolah boleh saya ringkaskan: hilang - hilang/jumpa - jumpa.
Hilang - Rahul
Ini kisah Rahul (Azad Jazmin) yang mengimpikan 'hujan emas di negeri orang'. Perspektifnya ialah sekelompok warga asing yang tinggal di sini mencari rezeki yang halal.
Segmen arahan Bront Palarae ini kemas dan sangat terjaga dari segi pembikinannya. Malahan berani menyumbatkan babak-babak 'ganjil' umpama drama muzikal - tarian di atas bumbung serta nyanyian berharmoni ala Bollywood!
Cerita Rahul bukan sekadar ditonton di hadapannya sahaja, tetapi amatilah setiap latar landskap sekitar Kuala Lumpur di setiap babak yang khusus dipilih untuk menyatakan sesuatu. Misalnya tulisan-tulisan di dinding, nama-nama jalan atau binaan yang sinonim dengan Kuala Lumpur dan kejadiannya di situ.
Segmen ini juga menyentuh senario politik dan kuasa meskipun ia berlaku dalam rumah tumpangan pekerja yang paling asas, padat dan sempit. Watak-watak seperti Rahim (Sabri Yunus), Vasu (Mano Maniam), Feroz (Radhi Khalid), Komang (Shoffi Jikan), Little One (Jee Kutty) dan terutamanya Boss (K.S.Maniam) ialah kuasa kawan dan lawan yang berlaku dalam masyarakat di mana-mana sahaja.
Permulaan ceritanya di KLIA yang mewah berakhir dalam sebuah lori penguatkuasa seolah-olah memberi ingatan bahawa 'hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri'.
Cerita Rahul ini berjaya menjentik jauh di sudut hati saya betapa beruntungnya sebagai rakyat tempatan dan cuba memahami sebahagian konflik susah-senang orang yang merantau di sini.
Kolumpo tidak terikut-ikut dengan kebanyakan filem kompilasi atau hyperlink cinema yang selalunya akan menyimpulkan, menemukan atau menyelisihkan kesemua cerita di satu babak/titik seperti Cinta atau Berbagi Suami namun ada satu babak dalam cerita Rahul yang meng”cameo”kan watak Siti Nur Hayy dalam kedai mamak, itu sahaja.
Hilang/Jumpa - Gienna/Nek Wok
Kolumpo seiras filem Indonesia, Jakarta Maghrib dari sudut isinya dimana ia memilih kisah masyarakat yang berlaku di sebuah ibukota. Malahan cara naratif road-movie dalam sebuah kereta kisah Gienna (Nell Ng) dan Nek Wok (Ruminah Sidek) seumpama kisah Jalan Pintas dalam Jakarta Maghrib.
Berbanding kisah Rahul, cerita ke-2 ini berlaku sepenuhnya pada waktu siang atau waktu puncak yang tipikal di Kuala Lumpur, sekaligus memberikan cabaran kepada pengarahnya Rozi Isma untuk menekap suasana kesesakan lalulintas dan pencahayaan yang terbuka serta cuaca yang mesti sempurna di sepanjang penggambaran. Kacau-bilau di jalanraya itu juga memberikan tapak asas kisah Gienna yang masih dalam kesesakan pilihan hidupnya.
Seperti Gienna, penonton juga tidak dapat meneka ke mana halatuju penceritaannya bila pertembungan Gienna dengan watak Nek Wok. Plot segmen ke-2 ini menyorot persoalan dimana kadangkala di antara simpang-siur kehidupan seseorang itu diberikan petunjuk ke jalan yang betul dari sesuatu yang tidak dijangka langsung.
Dalam kisah ini, Gienna akhirnya memahami erti dan nilai sebenar kasih-sayang dan perhatian ibunya dari kacamata ‘ibu’ orang lain iaitu Nek Wok yang nyanyuk.
Setiap pengulangan soalan dari Nek Wok ialah peringatan dan soalan yang selama ini tidak mahu dijawab oleh Gienna. Kisah Gienna seolah menyambung kisah Rahul yang juga melibatkan ibunya di India secara offscreen. Penyudah kisah Gienna dan Nek Wok secara ironi ialah titik konklusi yang sangat menyentuh hati dan berjaya menamatkan destinasi perjalanannya (hidupnya) yang sukar sepanjang hari.
Jumpa – Hafidd/Siti Nur Hayy
Kisah ke-3 ialah kisah remaja yang berwarna-warni tetapi dalam kegelapan sesuai dengan durasi penceritaannya di sebahagian malam di sekitar lokasi-lokasi taman Kuala Lumpur.
Berbanding kisah ke-2, kali ini cabaran kepada pembikinnya Sheikh Munasar kerana sebahagian besar penggambarannya di waktu malam sahaja. Perwatakan Hafidd (Amirul Ariff) dan Siti Nur Hayy (Sharifah Amani) mendekati kegelisahan dan konflik remaja mengenai pencarian seorang ‘kekasih’.
Mungkin kisah remaja sebegini kedengaran klise dan mudah difahami namun bila kisah Hafidd dan Siti Nur Hayy dikembangkan ia mengiyakan persoalan konflik hubungan sesiapa sahaja tidak kira remaja atau orang dewasa. Pencarian pasangan oleh Hafidd dan Siti Nur Hayy juga seolah menyambung persoalan yang sedang dilema dalam diri Gienna dari kisah ke-2. Setiap watak yang dilalui, Sherry (Sherry Alhadad) dan Kak Nurul (Fairuz Fee) juga sebagai petanda-petanda konflik yang biasa dalam perhubungan.
Penamat kisah ke-3 ini tidak mahu menjadi terlalu happy ending tetapi cukup sekadar memberikan harapan bila Hafidd berkenalan dengan seorang gadis dalam tren yang bergerak laju seperti pantasnya kehidupan penghuni Kuala Lumpur dari ketiga-tiga cerita.
Semua orang ada ceritanya sendiri di Kolumpo.
Saksikan Di Sebalik Tabir pembikinan filem Kolumpo.
Filem Kolumpo kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Sewaktu tayangan perdana filem ini, rata-rata penonton menyukainya.
Astro Awani
Tue Dec 10 2013
Poster filem Kolumpo yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
Sumpahan Jerunei gondol 6 trofi di Itali, Perancis
Filem Sumpahan Jerunei mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila berjaya memenangi enam trofi di Florence Film Awards, Itali dan Paris Film Awards.
Bront Palarae dedah cabaran, pegang watak pengkaji dalam 'Sumpahan Jerunei'
Bront berkata, cabaran dihadapi dari segi aspek logistik kerana banyak babak dan lokasi membabitkan penggambaran dalam hutan.
Rupanya Bront Palarae pernah belajar dengan arwah Mamat Khalid, puji bakat Amen
Bront Palarae melihat anak Allahyarham Mamat Khalid, Amen memiliki potensi yang besar dalam bidang pengarahan.
Pekerja seni harus hormati karyanya - Nam Ron
Tatakelakuan ini ke arah memastikan para pekerja profesional industri menunjukkan integriti, sikap dan saling menghormati dan tingkah laku yang sopan.
Survival paling penting buat masa ini - Bront Palarae
Biarpun baru sahaja memenangi trofi berprestij, Bront bersikap realistik dan tidak mahu membuat jangkaan besar dalam kerjayanya.
'Pengkor' lonjakkan nama Bront di Indonesia
Bront berkongsi rasa bangga dapat menjadi sebahagian daripada produksi filem itu kerana jalan penceritaannya yang berbeza termasuk konflik dalam politik.
Selepas raih trofi Filem Terbaik FFM30, One Two Jaga ditayangkan semula!
Siapa yang belum tengok, ini la masanya ..
One Two Jaga dinobat Filem Terbaik FFM30
Kejayaan One Two Jaga juga berjaya menumpaskan empat calon akhir lain iaitu Paskal The Movie, Guang, Dukun dan Vedigundu Pasangge.
Bront Palarae tak berlakon drama tempatan?
Pelakon popular Bront Palarae, atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 39 menjelaskan dia tidak terlalu memilih tawaran berlakon yang diberikan kepadanya namun agak teliti dari segi kualiti.
Wow! 'Dukun' ditayang di New York
Filem 'Dukun', lakonan pelakon utamanya, Datin Seri Umie Aida dan Faizal Hussein mencipta sejarah apabila bakal ditayangkan di New York pada 13 Julai ini.