Dewan Filharmonik Petronas (DFP) menjadi saksi kolaborasi terulung ‘Raja Pop’ Datuk Jamal Abdillah bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) dalam satu konsert extravaganza yang diadakan di sini, pada Sabtu.
Konsert ‘The MPO with Jamal Abdillah’ ini menjadikan Jamal sebagai artis tempatan kelima yang pernah mengadakan konsert solo bersama MPO.
Penyanyi legenda kelahiran Ipoh ini mempersembahkan 12 buah lagu sepanjang konsert yang berlangsung selama dua jam itu.
Tepukan gemuruh penonton mengiringi Jamal tatkala beliau muncul segak berkaca mata hitam dengan sut putih untuk mendendangkan medley lagu Aku Penghibur dan Kau Lupa Janji sebagai lagu pembukaan konsert itu.
Persembahan di bawah siri ‘DFP Presents’ ini diiringi lebih 60 pemuzik bertaraf antarabangsa himpunan MPO dan dipimpin Konduktor Residen, Ciaran McAuley.
Dalam konsert ini, penonton dibawa menyusuri perjalanan seni beliau dari zaman remaja di Teluk Intan, Perak sehingga ke tahap ini di mana beliau teguh berdiri sebagai seorang penyanyi tersohor di rantau ini.
“Saya rasa begitu terharu dengan kehadiran anda semua, memenuhi ruang-ruang yang ada di sini. Terima kasih banyak-banyak,” ujar Jamal kepada penonton di DFP yang rata-rata merupakan peminat setia Jamal sejak beliau memenangi pertandingan Bintang RTM tahun 1979.
Antara lagu lain yang dinyanyikan Jamal dan didengarkan interpretasi simfoni MPO adalah seperti Kekasih Awal dan Akhir, Seniman Menangis, Azura, Gadis Melayu, dan Medley Ghazal untuk Rabiah, Ghazal Asmara dan Samrah Mentari.
Konsert ini turut menyaksikan keunggulan MPO yang melangkau pelbagai genre muzik dari muzik klasikal barat kepada runut bunyi filem, irama tradisional, pop, jaz dan kontemporari.
Kolaborasi dinamik MPO bersama penyanyi lagenda ini disaksikan kira-kira 800 penonton yang berada dalam dewan yang berprestij itu.
Konsert ini berlangsung pada malam Sabtu dan petang Ahad dengan harga tiket dalam lingkungan RM180 sehingga RM480.
Sebelum ini, MPO pernah mengadakan kolaborasi konsert solo bersama Tan Sri SM Salim, Datuk Sheila Majid, Datuk M Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza di dewan yang megah ini.
Mariah Ahmad
Mon Mar 30 2015
Konsert The MPO with Jamal Abdillah ini menjadikan Jamal sebagai artis tempatan kelima yang pernah mengadakan konsert solo bersama MPO. -Foto Astro Awani
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Melaka meninggal dunia
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Melaka Muhamat Puhat Bedol meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.
KPM sentiasa tegas tangani isu gejala seksual babit komuniti sekolah - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa kekal tegas dalam tindakan tatatertib yang diambil berhubung isu kesalahan seksual melibatkan komuniti sekolah.
#AWANIRingkas 11 Ogos 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 11 Ogos 2024
1️⃣ 25 orang diselamatkan
2️⃣ Tiga penguat kuasa direman SPRM
3️⃣ Tindakan tegas pelajar hisap vape di sekolah
#awaniringkas
1️⃣ 25 orang diselamatkan
2️⃣ Tiga penguat kuasa direman SPRM
3️⃣ Tindakan tegas pelajar hisap vape di sekolah
#awaniringkas
Malaysia kini rumah saya - John Beasley
Jurulatih berusia 62 tahun itu berkongsi baharu sahaja mendapat pengesahan sebagai penduduk tetap kira-kira tiga minggu lepas.
Lebih 75,000 warga Palestin kehilangan tempat tinggal di barat daya Gaza - Pegawai PBB
Pihak berkuasa Israel telah mengeluarkan perintah tambahan pada waktu malam yang memaksa lebih ramai orang melarikan diri, berulang kali.
Program MyLesen bawa kelegaan untuk warga emas
Di bawah program Bantuan MyLesen, peserta membayar RM250 sahaja berbanding RM655 yang biasa dikenakan pengusaha sekolah memandu.
Air naik sehingga paras pinggang di Masjid Tanah
Beberapa kawasan di Masjid Tanah dilanda banjir kilat selepas hujan lebat berterusan lebih enam jam sejak pagi.
Tindakan tegas pelajar hisap vape di sekolah
Tindakan disiplin dikenakan terhadap pelajar yang vape di kawasan sekolah.
AWANI Borneo [11/08/2024] – Perpaduan kaum | Pemantauan berterusan | Pertahan perairan negara
Tumpuan Awani Borneo 11 Ogos 2024 bersama Assim Hassan
- Piagam Madinah rujukan Sarawak satukan rakyat berbilang kaum
- Belum ada laporan mengenai ajaran Millah Ibrahim di Sarawak
- PGA Sabah tingkatkan kemahiran teknik ‘Amfibia Sea Combat’
#AWANInews
- Piagam Madinah rujukan Sarawak satukan rakyat berbilang kaum
- Belum ada laporan mengenai ajaran Millah Ibrahim di Sarawak
- PGA Sabah tingkatkan kemahiran teknik ‘Amfibia Sea Combat’
#AWANInews
[TERKINI] Shah Firdaus berpeluang rebut emas acara keirin lelaki
Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya mengesahkan tiket ke pentas final keirin di Sukan Olimpik Paris 2024.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Impian Slam buat persembahan di DFP bakal jadi kenyataan
Slam akan tampil berbeza dengan menyanyikan seleksi lagu yang jarang dibawa dalam persembahan langsung.
Impian Alif Satar & the Locos tercapai, konsert pertama diiringi Malaysian Philharmonic Orchestra
Menganggap ia satu pengiktirafan, Alif berkata pengurusnya memaklumkan mengenai tawaran itu ketika dia sedang mengerjakan haji pada Jun lalu.
Kugiran Masdo lakar sejarah, pukau peminat di Dewan Filharmonik Petronas
Kumpulan Kugiran Masdo terus melakar sejarah melalui konsert solo pertama mereka di Dewan Filharmonik Petronas yang berlangsung pada malam Sabtu lalu.
Kugiran Masdo bikin konsert di Dewan Filharmonik Petronas!
DFP meneruskan keraian 25 tahun penubuhannya dengan mempersembahkan sebuah konsert istimewa bernuansakan muzik 60an dari Kugiran Masdo.
'Menelanjangkan diri sendiri', mantra Kunto Aji luar biasa
Lirik lagunya semua mengenai hidup perlu semangat. Semacam satu mantra, setiap bait mengingatkan diri bahawa hidup ini sangat bermakna.
'Siarkan khabarnya' - Konsert perdana Kunto Aji di Malaysia Ogos ini
Kunto Aji dijadual mengadakan konsert perdananya di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2022 bermula pukul 8.30 malam.
'15 minit tiket dah sold out!' - Awie terkejut, janji kelainan pada konsert Wings Di DFP
Tiket konsert menerusi slot acara muzik Fabulous Friday di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang dijual pada 10 pagi tadi secara rasminya sold out sekitar pukul 10.15 pagi tadi.
Giliran Wings pula masuk Dewan Filharmonik Petronas 15 Julai ini
Vokal bertenaga Datuk Awie disertai dengan muzik sempurna bersama Black, Eddie, Sham dan Edrie Hashim akan berlagu di lokasi cukup berprestij iaitu Dewan Filharmonik Petronas (DFP).
Orkestra secara maya: Inisiatif Wisma Putra rai 'Perpaduan dalam Kepelbagaian'
Bersesuaian dengan semangat dan nilai 'Perpaduan dalam Kepelbagaian', Wisma Putra bersama MPO dan DFP mempersembahkan 60 pemuzik dari 26 negara.