VOKALIS kumpulan rock ternama tanah air, Wings, Datuk Awie memanjatkan rasa bersyukur dan terkejut selepas mendapat tahu tiket "Konsert Fabulous Friday: Wings Di DFP" habis terjual (sold out) hanya dalam tempoh 15 minit!
Tiket konsert menerusi slot acara muzik Fabulous Friday di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang dijual pada 10 pagi tadi secara rasminya sold out sekitar pukul 10.15 pagi tadi.
“Syukur, Alhamdulillah. Saya happy yang tak terbayang, sebak dan gembira.
"Hanya dalam tempoh 15 minit tiket telah sold out,” kata Awie penuh teruja.
Awie juga mengaku terkejut dengan penjualan tiket yang begitu pantas, sekali gus menyifatkan ia sebagai tanda aras suasana muzik tempatan dan penganjuran acara sudah kembali mendapat sambutan hangat selepas pandemik melanda dunia.
“Ini benda yang sihat dan kebangkitan arena muzik. Kami akan cuba buat yang lebih menarik sewaktu konsert nanti,” ikrar Awie.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects Sdn Bhd, Shirazdeen Karim mengaku sudah menjangka tiket Wings akan habis terjual.
“Sejujurnya saya memang menjangkakan bahawa tiket akan habis terjual melihatkan sokongan dan semangat peminat muzik tanah air terhadap konsert-konsert tempatan sekarang.
“Tetapi saya tidak menyangka ia akan terjual dalam masa 15 minit sahaja dan ini merupakan tanda bahawa industri muzik sedang berkembang sihat.
"Kita juga sedia maklum bahawa sokongan Sayap-Sayap Wings sentiasa padu terhadap kumpulan kesayangan mereka, Wings,” kata Shiraz yang juga mengaku bertuah kerana dapat bekerjasama dengan kumpulan legenda tersebut.
Dalam masa sama, sebuah kejutan yang menjangkakan ada malam kedua konsert tersebut akan diumumkan kelak.
Dibawakan dalam rangkaian senarai Fabulous Friday yang dibawakan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd, Wings bakal bertemu para peminat pada 15 Julai 2022, Jumaat pada jam 8.30 malam.
Fabulous Friday merupakan sebuah acara muzik yang dianjurkan oleh pihak Shiraz di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur dan Wings merupakan artis buka panggung acara ini yang dijadualkan bakal berlangsung setiap bulan dengan pemilihan selebriti tempatan dan luar negara.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Fri Jun 17 2022
Tiket konsert menerusi slot acara muzik Fabulous Friday di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang dijual pada 10 pagi tadi secara rasminya sold out sekitar pukul 10.15 pagi tadi. -Gempak
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
2 maut motosikal terbabas, langgar pembahagi lebuh raya
Dalam nahas kira-kira jam 5.20 petang, penunggang motosikal itu yang juga lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembonceng wanita warga Singapura berumur 29 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.
Nilai syarikat Apple hampiri angka AS$4 trilion
Peningkatan saham kebelakangan ini dilihat selari dengan fokus Apple dalam arena kecerdasan buatan melalui Apple Intelligence.
AWANI Ringkas: Duti anti lambakan terhadap import besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Presiden Korea Selatan gagal hadir kali kedua untuk disoal siasat CIO
Ini adalah kali kedua Presiden Yoon gagal mematuhi arahan itu, selepas turut mengabaikan panggilan pertama CIO minggu lalu.
Pantau Belanjawan: Inflasi kesihatan meningkat, apa penyelesaian?
Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng berkongsi pandangan beliau berkenaan inflasi kesihatan yang semakin meningkat terutama melibatkan caj di hospital swasta, sekali gus menyebabkan penyedia insurans dan takaful kesihatan/perubatan turut menaikkan harga premium.
'Sejarah akan tercipta' - Konsert TRIAD bakal lakar nama dalam MBOR
Tiga kumpulan ikonik itu yang pernah dikemudi Awie ialah Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.
Faktor cuaca punca Rock Warrior Music Festival ditangguhkan
Acara Rock Warrior Music Festival yang dijadualkan berlangsung 23 dan 24 Novemberi ini akan ditunda ke satu tarikh baharu sekitar Mei 2025.
Saya sedia untuk kembali beraksi! - Jojet idam keluar dari 'persaraan', buat 'come back'
Jika diberi peluang, dia sudah bersedia untuk keluar dari 'persaraannya' dan kembali beraksi melantunkan ketukan dram yang dirindukan kebanyakan peminat tegar muzik rock tanah air.
Wings janji The Rock Emperor Penang Chapter lebih hebat dan gempak!
Selepas 37 tahun berlalu, Awie dan Wings kembali beraksi di Pulau Mutiara pada 24 Februari ini.
'Saya ada sahabat perlu dijaga' - Awie utama rezeki dengan Wings, korban kerjaya solo
Menurut Awie, dia kini lebih selesa untuk sama-sama mencari rezeki dengan anggota kumpulan Wings yang lain.
Search, Wings, Butterfingers gegar Nusa Fest 8 & 9 Julai ini
Ia menjadi tanda aras festival yang menyatukan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura yang bakal dilangsungkan buat pertama kali.
Konsert Naga Kramat bukti Wings kumpulan rock terunggul
Konsert yang diberi nama Naga Kramat itu jadualkan berlangsung pada 22 Oktober 2022, Sabtu, jam 8 malam.
Wings teruja buat penampilan antarabangsa pertama
Awie berkata, mereka sangat teruja kerana ia langkah pertama mereka ke arena global selepas 37 tahun aktif di pentas.
Konsert Fabulous Friday: 'Saya kecewa tidak dapat berikan yang terbaik' - Awie
Legenda rock tanah air, Datuk Awie mengakui kecewa tidak dapat memberikan persembahan terbaik pada malam kedua Konsert Fabulous Friday.
'15 minit tiket dah sold out!' - Awie terkejut, janji kelainan pada konsert Wings Di DFP
Tiket konsert menerusi slot acara muzik Fabulous Friday di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang dijual pada 10 pagi tadi secara rasminya sold out sekitar pukul 10.15 pagi tadi.