KUALA LUMPUR : Anugerah Akademi Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIFAA 2024) berjaya menarik perhatian ramai pembikin filem dari seluruh dunia apabila meraih sebanyak 3,135 penyertaan dari 98 negara antaranya Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun, Korea Selatan, India, Bangladesh, Iran, Perancis, United Kingdom dan Mexico.
Pengerusi KLIFAA, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berkata, sambutan menggalakkan yang diterima daripada penggiat seni perfileman dari seluruh dunia itu memberikan impak positif pada penganjuran acara buat julung-julung kali ini.
"Pada malam ini, KLIFAA 2024 dilancarkan secara rasmi. Saya sebagai Pengerusi bersama-sama ahli jawatankuasa terdiri daripada mereka yang mahir dalam bidang ini amat berbangga dengan sambutan yang diberikan perfileman dunia bukan saja dari negara kita ini bahkan dari seluruh dunia.
"Daripada 3,135 penyertaan yang diterima dari 98 negara memberikan semangat yang baik kepada kita untuk meneruskan usaha ini dan juga memberi ruang kepada para artis yang sudah ada nama atau belum ada nama untuk masa depan mereka berkecimpung dalam industri perfileman," katanya pada Majlis Perasmian KLIFAA 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.
Menurutnya, penganjuran acara itu juga merupakan salah satu cara dalam mengajar generasi muda yang berminat terhadap bidang seni untuk menceburkan diri sehingga menjadi popular pada masa hadapan.
"Saya rasa ini adalah batu loncatan dan kita pernah mendengar nama arwah Tan Sri P. Ramlee yang amat termasyhur yang pernah menjadi aktor, pengarah dan penyanyi di mana kita kurang ada ramai yang berbakat pada hari ini sama ada di peringkat negara atau antarabangsa.
"Penganjuran KLIFAA 2024 merupakan satu cara meningkatkan lagi taraf industri perfileman dunia dan insya-Allah jika berlaku apa yang kita usahakan ini, ia akan membuka mata ke seluruh dunia bahawa Malaysia sebagai satu hub dunia filem," katanya.
KLIFAA 2024 merupakan acara anugerah berprestif bertaraf antarabangsa yang pertama kali dianjurkan di negara ini dijadualkan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 7 hingga 11 Ogos 2024.
Acara kali ini yang membawa tema 'Inspiring Brilliance, Igniting Passion', memaparkan semangat festival, bertujuan menyatukan budaya, mencetuskan pemikiran dan menginspirasikan kreativiti pada skala global.
Penyertaan acara ini terbuka pada semua penggiat seni dari seluruh dunia sama ada dalam bidang Filem Cereka, Drama TV, Dokumentari, Filem Pendek dan Animasi. Tempoh bagi kategori pertandingan dan bukan pertandingan bermula dari 1 Mac hingga 31 Mei 2024.
Maklumat lanjut menyertai penyertaan dan kemas kini acara boleh layari www.klifaa.com.
Kenyataan Media
Sun Feb 25 2024

Acara kali ini yang membawa tema 'Inspiring Brilliance, Igniting Passion', memaparkan semangat festival, bertujuan menyatukan budaya, mencetuskan pemikiran dan menginspirasikan kreativiti pada skala global.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

KLIFAA 2024 jangka tarik hingga 4,000 penyertaan penggiat industri perfileman
Anugerah Akademi Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFAA) 2024 dijangka menarik hingga 4,000 penyertaan dalam kalangan penggiat industri perfileman di seluruh dunia.

Edisi sulung KLIFAA 2024 dijadual berlangsung di KLCC 7 Ogos ini
KLIFAA 2024 akan dianjurkan pada bulan Ogos ini, bagi mengiktiraf dan meraikan seni pembikinan filem dan keindahan penceritaan.