Kisah bagaimana PSY mengecapi populariti menerusi Gangnam Style kini boleh dibaca dalam buku komik.

Fame : PSY yang dijual di Amerika dan Korea Selatan turut mendedahkan kisah di sebalik kejayaan lagu paling popular itu.

Ilustrasi PSY dengan gerak tari dan pakaian Gangnam Style menjadi lukisan halaman pembukaan komik itu.

Ia turut memaparkan perjalanan karier PSY sedekad sebelum fenomena Gangnam Style dicipta tahun lalu termasuk berita negatif penyanyi itu ditahan kerana memiliki dadah pada 2002.

Gangnam Style menjadi lagu paling popular di Youtube apabila mencecah lebih 1.5 bilion tontonan.