PELAKON dan usahawan, Nur Fazura tidak menolak sekiranya diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata kedua.
Kembali berdepan dengan kekangan kerja dan bakal membuat comeback tidak lama lagi, Fazura juga turut memohon orang ramai mendoakan keluarga kecilnya.
“Sebenarnya soalan tentang zuriat ini agak peribadi buat saya. Rezeki Allah itu sudah tentu saya tidak akan tolak, saya memang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua.
“Tambah pula sekarang saya sedang menjalani penggambaran filem yang tidak boleh saya cerita dengan lebih lanjut.
"Insya-Allah bulan Ogos ini saya akan buat comeback dengan drama siri.
“Ada rezeki insya-Allah kami terima. Tambah pula dengan kekangan kesibukan kerja sekarang, saya hanya teruskan kehidupan seperti biasa.
"Kalau ada rezeki insya Allah,” katanya.
Fazura berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran program televisyen Innovathon yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, Fazura berkongsi dia juga turut berasa kasihan melihat anak sulungnya, Nur Fatima Aisya yang menginginkan seorang kawan.
“Saya lihat Fatima pun kasihan dia seorang diri sekarang. Dia kalau dekat rumah ada sahaja cakap nak pergi rumah sepupu sebab nak berkawan.
“Saya dan Fattah memang bersedia pada bila-bila masa untuk menimang anak kedua.
“Doakan kami tapi kalau nak cakap kami merancang atau tidak, saya tidak boleh beri komen… insya-Allah kalau ada rezeki, kami tidak tolak,” jelasnya.
Mengulas mengenai sama ada ingin berkongsi berita kehamilan keduanya, Fazura berkata dia akan mengambil pendekatan yang sama seperti mana kandungan pertamanya tiga tahun lalu.
Malah tambah isteri kepada pelakon, Fattah Amin ini juga, dia sedia berkongsi wajah anak apabila sampai pada waktu yang sesuai sebagai menghargai peminat yang telah mendoakan mereka.
“Macam semua orang tahu, masa Fatima dulu saya hanya berkongsi wajah anak selepas tiga atau empat bulan selepas bersalin.
“Jadi, mungkin kalau anak kedua nanti, saya tetap akan melakukan perkara yang sama. Tidaklah sampai tunggu masa yang lama sangat untuk berkongsi.
“Saya mahu berkongsi dengan orang ramai yang sudah mendoakan kami. Bila orang doakan kita, kita kena menghargai dan berterima kasih,” ujarnya.
Untuk rekod, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Dalam perkembangan lain, Fazura bakal muncul sebagai juri dalam sebuah program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu Innovathon.
Program ini akan ditayangkan setiap hari Sabtu bermula 15 Julai 2021, pukul 9 malam di Astro Ria (Saluran Ria).
Manakala program ini akan bersiaran menerusi saluran-saluran vernakular yang lain termasuk Astro Showcase, Astro Vinmeen dan Astro AEC dua minggu sejurus sahaja tayangan perdana di Astro Ria. -Gempak
Gempak
Wed Jul 05 2023

Nur Fazura tidak menolak sekiranya diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata kedua. -Gempak

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

'Saya serahkan kepada peguam' - Fattah Amin terima surat saman dari Fazura
Selebriti Fattah Amin mengesahkan sudah menerima notis tuntutan (LOD) daripada bekas isterinya, Nur Fazura berhubung kenyataan di mahkamah membabitkan isu kenderaan.

'Kesian Fatima, dia nak kawan' - Nur Fazura tak tolak rezeki jika dikurnia anak kedua
Fazura berkongsi dia juga turut berasa kasihan melihat anak sulungnya, Nur Fatima Aisya yang menginginkan seorang kawan.

"Harap ia bawa ketenangan" - Fattah Amin lancar 5 Zikir
Fattah Amin melancarkan lima lagu zikir eksklusif sempena kedatangan bulan Ramadan yang boleh didapati menerusi aplikasi Mukmin Pro.

Nama tiba-tiba 'trending', Fazura terkejut!
Pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Fazura mengakui terkejut apabila namanya menjadi trending nombor satu di platform media sosial Twitter semalam.

Pernah berlakon bersama, Que Haidar & Fazura sedih pemergian Ashraf Sinclair
Menurut Que, dia dan arwah Ashraf pernah bersama-sama bekerjasama dalam "Gol & Gincu The Series."

"Tuhan jauhkan golongan talam dua muka... Tak ikhlas" - Nur Fazura kongsi tip bahagiakan diri
Mari jauhkan diri dari perkara negatif...

Kejam! Selebriti kecam lelaki tembak monyet gara-gara tak sebut 'Baby Sayang'
Tindakan seorang individu yang membunuh seekor monyet dengan cara menembaknya tular di media sosial sejak semalam.

"Saya pendek model tinggi" - Ini sebab Fazura buat finale 'runaway' ala-ala Dries Van Noten
Pelakon Nur Fazura mengakui dia mengambil inspirasi finale pertunjukan fesyen pereka antarabangsa, Dries Van Noten untuk dipersembahkan pada Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.

'Saya buka tudung selepas Ramadan kerana...' - Fazura
Pelakon dan penyanyi Nur Fazura kembali membuka tudung selepas berhijab selama lebih sebulan pada Ramadan lalu.

'Itu bukan baby bump' - Fazura nafi hamil
Pelakon Nur Fazura, menepis dakwaan bahawa dia kini sedang hamil selepas sekeping foto yang dikatakan menampakkan perubahan pada bahagian perutnya menjadi tular.