Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat buat tatapan umum.
Menurut Fazura, dia sering menyisihkan perkara negatif dalam kehidupan untuk megejar impiannya.
"Saya faham, untuk menjadi seseorang yang lebih baik, saya mesti tinggalkan segala rasa takut dan ragu-ragu dan Tuhan akan menjauhkan saya dari perkara negatif, golongan 'talam dua muka' dan mereka yang tidak ikhlas, mereka tidak sesuai untuk proses perkembangan diri saya.
"Kita boleh jadi sangat buta dengan pelbagai situasi dalam kehidupan, namun Tuhan akan selalu membimbing selagi kita memohon kemaafan dan bimbingan dariNya, serta meneruskan niat yang baik dalam setiap perkara yang kita lakukan," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, isteri kepada aktor Fattah Amin ini turut berkongsi beberapa petikan kata-kata pembina semangat di entri terbabit untuk tatapan semua pengikutnya di IG.
"Ini untuk mereka yang masih hidup dalam kekeliruan mengenai beberapa perkara yang dialami, kuatkan diri untuk terus melangkah kehadapan dan percaya pada diri sendiri.
"Saya harap anda akan bersemangat untuk menyisihkan segala apa yang memberi pengaruh negatif dalam kehidupan, jadilah diri sendiri, teruskan berharap dan percaya dalam diri, saya sayang anda semua!" tulisnya mengakhiri kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan bersetuju dengan kenyataan yang ditulis Fazura.
"Mesej yang berguna, saya pun pernah lalui perkara sama, semoga Allah memberkati Fazura dan keluarga.
"Awak dah membahagiakan hari saya dengan mesej berguna ini.
"Teruskan semangat itu Faz, Allah maha mengetahui" tulis netizen.
Terdahulu, Fattah dan Fazura telah berkahwin pada 27 November 2017.
Pasangan ini telah melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di Kuala Lumpur.