Kes saman fitnah difailkan pengacara dan pelakon popular, Neelofa terhadap dua syarikat pengendali portal Oh My Media dan Rotikaya akhirnya diselesaikan secara baik melalui proses mediasi di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mengemukakan saman secara berasingan terhadap OMM Media Sdn Bhd dan Rotikaya Media Sdn Bhd atas dakwaan menyiarkan artikel berunsur fitnah berhubung pelancaran koleksi hijab Be Lofa di pusat hiburan Zouk dan Anugerah Ikon Wanita yang diterima pelakon berkenaan.
Peguam Aiman Ariff Abdul Azij, yang mewakili OMM Sdn Bhd ketika ditemui pemberita berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes saman berkenaan berdasarkan terma-terma yang dipersetujui.
Bagaimanapun, peguam itu tidak mendedahkan terma-terma penyelesaian kes saman berkenaan.
Katanya, penghakiman persetujuan kes saman itu akan direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Darryl Goon Siew Chye. Namun, tiada tarikh ditetapkan oleh mahkamah.
Proses mediasi bagi kedua-dua kes saman itu berlangsung hampir dua jam di dalam kamar Timbalan Pendaftar Nurulizwan Ahmad Zubir, yang bertindak sebagai mediator di Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi di sini dengan dihadiri Neelofa, 29.
Bagaimanapun, usaha pihak media untuk menemu bual pengacara program Meletop itu tidak berjaya selepas Neelofa, yang memakai baju serba hitam diiringi seorang lelaki dilihat bergegas meninggalkan pusat mediasi berkenaan sebelum menaiki kereta BMW berwarna hitam yang menunggunya di perkarangan kompleks mahkamah.
Terdahulu, peguam Wan Nurliyana Abdul Rahman yang mewakili Neelofa memberitahu pemberita kesemua pihak telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes saman tersebut.
Peguam Mohamad Lokman Hakim Abd Rahman, yang mewakili Rotikaya pula berkata kedua-dua pihak menyelesaikan kes secara baik hari ini, dan penghakiman persetujuan kes itu akan direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Aliza Sulaiman pada 8 Nov ini.
Neelofa selaku plaintif memfailkan saman terhadap OMM Media selaku defendan pada September lepas, selepas mendakwa defendan telah mengeluarkan dan menyiarkan dua artikel berunsur fitnah terhadapnya di laman web www.ohmymedia.cc.
Dalam pernyataan tuntutan, Neelofa mendakwa penyiaran artikel bertarikh 5 Mac dan 11 April lepas, berhubung pelancaran koleksi tudungnya di Zouk dan juga membabitkan Anugerah Ikon Wanita, telah menyebabkan reputasinya tercemar.
Pelakon itu juga mendakwa artikel yang disiarkan antara lain membawa maksud bahawa beliau telah digugurkan daripada menerima penghargaan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia selain menggambarkan dirinya tidak berakhlak dan seorang yang hipokrit.
Neelofa mendakwa artikel berkenaan adalah tidak benar dan diterbitkan oleh defendan tanpa memberi peluang kepadanya untuk menafikan kenyataan-kenyataan di dalam artikel itu.
Neelofa turut menyaman Rotikaya atas dakwaan menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadapnya membabitkan isu sama. -- BERNAMA
Artikel berkaitan Neelofa:
BACA: Neelofa orang ketiga dunia menginap di hotel mewah RM200,000 semalam
BACA: "Dont give up"- Neelofa beri kata semangat pada Haqiem Rusli
VIDEO: Neelofa tak sokong barangan tiruan
Bernama
Wed Oct 24 2018

Neelofa dakwa dua portal itu menyiarkan artikel berunsur fitnah berhubung pelancaran koleksi hijab Be Lofa di pusat hiburan Zouk selain Anugerah Ikon Wanita yang diterima pelakon berkenaan. - Instagram

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Ziana Zain, Jalaluddin Hassan, Dr Sheikh Muszaphar tiba di SPRM, media gagal kesan kehadiran
Astro AWANI difahamkan kenderaan yang membawa ketiga-tiga selebriti berkenaan memasuki bangunan SPRM jam 9.30 pagi menggunakan laluan belakang.

Op Sky: Syarikat kewangan tawar komisen bawa pelanggan baharu
SPRM mendapati syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky, menawarkan komisen kepada pelanggannya yang memperkenalkan pelanggan baharu.

Artis dinasihat semak sebelum terima tawaran, elak dieksploitasi
Freddie Fernandez berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan mereka dieksploitasi oleh perniagaan yang menyalahi undang-undang.

Bakar pentas berang artis tak muncul buat persembahan
Penonton ternyata kecewa kerana tiket konsert berkenaan telah mereka beli sejak enam bulan yang lalu.

Artis berstatus suami orang, pelakon wanita dicekup berkhalwat?
Tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.

FENIX360 perkasa golongan artis melalui revolusi landskap kreatif
FENIX360 mengubah cara artis berhubung dengan penonton, berkolaborasi dengan rakan sekerja, dan mengekalkan kerjaya kreatif mereka.

#GengSubuhMacamJumaat: Bukan kepentingan peribadi, ini perkara paling asas - Alif Satar
Alif tidak merasakan gerakan itu sebagai miliknya secara peribadi, tetapi ia adalah milik setiap individu yang sedang berusaha ke arah memperbaiki diri menjadi umat Islam yang lebih baik.

Temui figura Islam, artis terkenal di Datum Munajat
DCI menganjurkan himpunan figura Islam seperti Habib Nael Ben Taher, Habib Husein Jafar, Syeikh Muhammad Siddiq dan Anas Abu Jaish.

Atas Angin Festival 2023 mahu lakar sejarah sebagai festival indie terbesar di Malaysia
Bertempat di Rooftop @ 7 Mytown Cheras, festival itu bakal dijayakan 75 artis, berlangsung selama 15 jam dan beraksi di empat pentas.

'Sudah tiada lagi air mata untuk menangis' - Zaiton Sameon kongsi kisah hidup
Apa yang membuatkan Zaiton lebih sedih apabila ada pihak mendakwa dia sudah tidak boleh menyanyi lagi.