KETIKA ramai meraikan kejayaan bersejarah Tan Sri Michelle Yeoh dalam Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023), terdapat juga sebilangan kecil yang masih tidak dapat lari daripada mentaliti negatif dan pesimis.
Di media sosial, ada yang mencanangkan bahawa kemenangan Michelle bukan sesuatu yang perlu dibanggakan rakyat Malaysia, hanya kerana kerjaya lakonan bekas gadis Bond itu tidak bermula di sini.
Malah, ada juga yang berpendapat industri seni di Malaysia terlalu mundur dan sempit sehingga karyawan tempatan terpaksa berhijrah ke luar negara untuk berjaya.
Namun begitu, masih ramai yang faham biarpun kejayaan Michelle adalah kejayaan peribadi, ia masih boleh dikongsi dan diraikan seluruh warga Malaysia.
Apa yang dicapai Michelle, kata mereka, harus dilihat dari sudut positif bukan kerana atas dasar claim, tetapi sekadar berkongsi rasa bangga dan dijadikan inspirasi.
Michelle yang dilahirkan dan dibesarkan di Ipoh, Perak, memulakan kerjaya lakonan di Hong Kong selepas memenangi gelaran Miss World Malaysia pada 1983.
Pada acara gemilang yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles itu, Michelle merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.
Michelle berdepan saingan Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie, Cate Blanchett (Tar), Michelle Williams (The Fabelmans), dan Ana de Armas (Blonde).
Michelle juga sebelum ini meraih trofi sama pada beberapa acara anugerah termasuk Anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild Awards (SAG).
Astro Awani
Mon Mar 13 2023

Biarpun kejayaan Michelle adalah kejayaan peribadi, ia masih boleh dikongsi dan diraikan seluruh warga Malaysia. -Reuters
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Kerabat Diraja Britain zahir ucapan tahniah kepada Michelle Yeoh
Kemenangan yang diraih Michelle turut memberi makna kepada kesatuan Komanwel, kata keluarga diraja itu.

Penyanyi terkenal Irene Cara ditemui mati di kediaman
Penyanyi dan pelakon pemenang Anugerah Akademi, Irene Cara ditemui mati di dalam rumahnya di Florida, pada Sabtu.

Selepas Chris Rock ditampar, polis sedia menahan Will Smith di Oscar
Namun pihak berkuasa tidak mengambil tindakan selepas Rock memutuskan untuk tidak mendakwa Smith.

'Saya masih cuba fahami apa yang berlaku' - Chris Rock buat kemunculan pertama
Dalam monolog pembukaan Chris dilihat berlinang air mata sebelum di sambut dua kali tepukan gemuruh selama beberapa minit.

Will Smith telah diminta namun enggan tinggalkan Oscar selepas insiden tampar - Akademi
Lembaga pengelola yang bermesyuarat pada Rabu telah memulakan prosiding tatatertib terhadap Smith kerana melanggar tatasusila kumpulan itu.

Anugerah Akademi lancar 'siasatan rasmi' terhadap Will Smith
Kalangan peminat serta penggiat di Hollywood mencadangkan Will Smith dilucutkan daripada menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik malam itu.

Mengapa Will Smith 'naik angin' dan kenapa jenaka Chris Rock 'melampau'?
Mengapa Will Smith sangat tersinggung dengan gurauan Chris Rock?

Anugerah Akademi ke-94: CODA filem terbaik, Dune menang besar
CODA mengisahkan tentang cabaran dihadapi Ruby Rossi, gadis remaja normal dalam keluarga pekak.

Halle Berry kesal belum ada wanita kulit hitam ulangi kejayaannya di Oscar
Dua dekad berlalu, Halle Berry masih memegang rekod satu-satunya aktres kulit hitam yang memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

Anugerah Oscars: The Power of the Dog, Dune dan West Side Story dominasi pencalonan
The Power of the Dog mendominasi pencalonan Anugerah Akademi tahunan ke-94 apabila meraih 12 pencalonan.