INI berita baik buat peminat filem The Matrix.
Pelakon asal, Keanu Reeves dan Carrie-Anne Moss bakal kembali ke layar perak sebagai Neo dan Trinity dalam sekuel terbaharu filem sci-fi itu.
Portal berita hiburan Variety melaporkan bahawa filem keempat francais itu bakal memulakan produksi pada awal tahun depan.
Menurut Pengerusi Warner Brothers Picture Group Toby Emmerich, filem tersebut akan diterbitkan oleh Warner Brothers dan Village Roadshow Pictures.
Dia turut mengumumkan Lana Wachowski kekal sebagai pengarah susulan kejayaannya mencipta ketiga-tiga filem Matrix.
“Kami sangat teruja untuk menghasilkan filem Matrix, terutamanya apabila ia diarahkan oleh Wachowski.
“Wachowski adalah seorang yang mempunyai visi yang jelas selain seorang pengarah yang kreatif dan kami sangat teruja apabila dia juga turut menulis dan menjadi penerbit bagi Matrix edisi terbaharu ini, jelasnya.
Selain Wachowski, naskhah itu juga ditulis oleh Aleksandar Hemon dan David Mitchell.
Menurut sumber, filem Matrix edisi keempat itu dijangka akan memulakan penggambaran tahun depan.
Walaupun butiran mengenai plot filem terbaharu ini tidak diketahui, khabar angin mengatakan bahawa watak Morpheus yang sebelum ini dipegang oleh Laurence Fishburne bakal dimainkan oleh pelakon yang lebih muda.
Ketiga-tiga filem itu iaitu "The Matrix," "The Matrix Reloaded" dan "The Matrix Revolutions" secara kolektif memperoleh lebih AS$1.6 bilion serta pecah panggung.
Afiq Ariffin
Wed Aug 21 2019
![Keanu Reeves kembali sebagai Neo dalam The Matrix 4 Keanu Reeves kembali sebagai Neo dalam The Matrix 4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51566342608_KeanuReeves.jpg)
Ketiga-tiga filem itu iaitu "The Matrix," "The Matrix Reloaded" dan "The Matrix Revolutions" secara kolektif memperoleh lebih daripada $ 1.6 bilion dollar Amerika serta pecah panggung. -foto WARNER BROS
![Penemuan telefon kunci utama cari motif kematian Nur Farah Kartini - Pakar Penemuan telefon kunci utama cari motif kematian Nur Farah Kartini - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721262117_tbkespembunuhanNur.jpg)
Penemuan telefon kunci utama cari motif kematian Nur Farah Kartini - Pakar
Ia juga bergantung kepada maklumat yang dijumpai dalam alat telekomunikasi berkenaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemui dalam parit
2. Tiada keperluan tukar nama, George Town dikenali semua
3. ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja
1. Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemui dalam parit
2. Tiada keperluan tukar nama, George Town dikenali semua
3. ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja
![Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721261833_tbquotasystem.jpg)
Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota
Sekurang-kurangnya enam maut dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh.
![Polis buru penunggang motosikal bonceng pocong Polis buru penunggang motosikal bonceng pocong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721260802_tbmemboncengpocong.jpg)
Polis buru penunggang motosikal bonceng pocong
Ini bagi menghilangkan rasa resah masyarakat selain bagi memastikan kejadian sebenar di sebalik rakaman CCTV itu.
![Isu pembelajaran digital AI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu pembelajaran digital AI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710125896_BangunanParlimen.jpg)
Isu pembelajaran digital AI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Berdasarkan aturan mesyuarat, isu itu akan dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan, bagi hari terakhir sidang.
Kapal tentera laut AS, USS Blue Ridge (LCC19) berlabuh di Klang
Ketibaan kapal tentera laut Amerika Syarikat, USS Blue Ridge (LCC19) di Pelabuhan Klang pada Rabu menandakan komitmen Amerika Syarikat dalam memperkukuh hubungan dengan Malaysia.
Perkara itu disuarakan Pegawai Pemerintah Armada Ketujuhnya, Kapten Nicholas C. DeLeo, yang berkata aspek yang akan diperkasakan adalah ketenteraan dan keselamatan maritim yang terjalin dengan Malaysia sejak tahun 1957.
Perkara itu disuarakan Pegawai Pemerintah Armada Ketujuhnya, Kapten Nicholas C. DeLeo, yang berkata aspek yang akan diperkasakan adalah ketenteraan dan keselamatan maritim yang terjalin dengan Malaysia sejak tahun 1957.
Malaysia-Iran: Halu tuju kerjasama tidak akan dipengaruhi pihak asing
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hala tuju kerjasama Malaysia-Iran tidak akan dipengaruhi campur tangan atau pengaruh pihak asing sebaliknya berpandu sepenuhnya kepada manfaat dan kemakmuran rakyat kedua-dua negara.
![Perniagaan, organisasi disaran teroka ketersambungan internet ultra laju - Gobind Perniagaan, organisasi disaran teroka ketersambungan internet ultra laju - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717664927_TBGobindSingh.jpg)
Perniagaan, organisasi disaran teroka ketersambungan internet ultra laju - Gobind
Ketersambungan Internet yang pantas dan boleh dipercayai menjadi tulang belakang untuk pembangunan ekonomi.
Malaysia hasrat tingkat ekonomi menerusi BRICS
Malaysia berharap dapat meningkatkan peluang kerjasama ekonomi melalui platform BRICS sebagai alternatif mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tradisional.
BRICS yang ditubuhkan pada 2009, adalah platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China dengan Afrika Selatan menyertai kumpulan itu pada 2010.
BRICS yang ditubuhkan pada 2009, adalah platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China dengan Afrika Selatan menyertai kumpulan itu pada 2010.
Tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu embelajaran digital untuk kecerdasan buatan, AI, bantuan untuk usahawan bumiputera Sarawak dan kemudahan pelupusan sisa pepejal antara yang akan menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
![Keanu Reeves kembali sebagai Neo dalam The Matrix 4 Keanu Reeves kembali sebagai Neo dalam The Matrix 4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51566342608_KeanuReeves.jpg)
Keanu Reeves kembali sebagai Neo dalam The Matrix 4
Ini berita baik buat peminat filem Matrix.