Penyanyi utama Kumpulan The Swallows era 60-an, Allahyarham Kassim Rahmat, atau lebih dikenali sebagai Kassim Selamat, yang meninggal dunia semalam tidak sempat merakamkan dua lagu ciptaannya dalam bahasa Bawean.
Menceritakan hal itu, adik kepada Allahyarham, Abdolah Lamat berkata, "Saya akan pastikan lagu ciptaan abang saya ini akan menjadi kenyataan.
"Mungkin kita beri peluang kepada penyanyi muda untuk mendedangkannya nanti," katanya ketika dihubungi Bernama.
The Swallows, kumpulan gitar rancak, dulu lebih sering dipanggil 'kugiran', mempunyai keunikan tersendiri kerana selalu mempopularkan lagu-lagu dalam bahasa Bawean.
Antara lagu-lagu itu ialah La Obe, Nga lompak AGo Go, Angkok Angkok Bilis, La Karebna, Leh Paju Molle dan La Ngomber.
Menurut Abdolah, abangnya menggunakan nama "Kassim Selamat" sempena watak "Kassim Selamat" dari filem 'Ibu Mertuaku' yang dibawa oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Allahyarham Kassim, 84, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.30 petang di rumahnya di Yishun.
Allahyarham, anak kedua dari sembilan orang adik beradik, meninggalkan seorang isteri Radiah Hadar dan empat orang anak.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Pusara Abadi, Choa Chu Kang di sini hari ini.
"Urusan pengebumian berjalan baik. Allahyarham selamat dikebumikan sekitar pukul 11.30 pagi," kata Abdolah, 72.
Beliau berkata dua pemain gitar Kumpulan The Swallows dan penyanyi A Romzi turut hadir di majlis pengebumian.
"Penyanyi Mahani Mohamed hadir ziarah di rumah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2019

Allahyarham Kassim menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.30 petang Ahad di rumahnya di Yishun.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

'Kassim Selamat' tak sempat rakam lagu ciptaannya
Menceritakan hal itu, adik kepada Allahyarham, Abdolah Lamat berkata, "Saya akan pastikan lagu ciptaan abang saya ini akan menjadi kenyataan.