Menurut Noh, dia berasa tersentuh melihat penduduk berebut daging korban yang diagihkan, kebanyakan daripada mereka adalah golongan ibu.
"Rumah ini hanya melakukan penyembelihan dan pemotongan daging korban untuk pelarian di kem yang telah ditetapkan dan bukan untuk penduduk kampung berdekatan.
"Saya saksikan sendiri mereka di tempat penyembelihan terpaksa menghubungi polis untuk datang kawal penduduk kampung yang mahukan daging, jumlahnya terlalu ramai.
"Polis terpaksa bertegas sedikit kerana kebanyakkan dari mereka adalah ibu-ibu yang 'desperate' mahukan daging.
"Saya betul-betul kasihan, apa yang saya fikirkan mungkin mereka sudah janji dengan anak-anak untuk masak daging ketika raya haji," tulisnya.
Noh dan isterinya Mizz Nina menyertai Misi Korban dan Akikah 2018 bersama Persatuan Cinta Syria Malaysia, Mereka telah tiba di negara berkenaan pada Isnin lalu.
Sumber : IG Noh Salleh