Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Aznil memberitahu dia tidak akan menyahut cabaran tarian itu kerana ia aktiviti yang tidak berfaedah malah boleh menyebabkan kemalangan dan membahayakan diri.
Menurut Aznil yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Nil, dia juga berpegang kepada pesan ibu bapanya.
“Kalau #paknil muda pun Paknil rasa tak lah terikut nak buat camni.
“Mak ayah Paknil pernah berpesan. ‘Dari kau baru lahir, ayah mak jaga kau sampai nyamuk gigit pun
kami jaga. Supaya apa? Supaya kau tak cacat di tangan kami. Bila besar, kau sendiri pulak yang sengaja cari kecacatan dengan buat benda-benda yang tidak ada faedah,’” tulisnya.
Dalam entri yang sama Pak Nil memuat naik video beberapa remaja yang melakukan cabaran tersebut tetapi tidak berjaya kerana terjatuh dan kemalangan ketika sedang keluar dari kereta.
Rata-rata pengikut IG Pak Nil juga menyokong dan bersetuju dengan pendapatnya.
Teks oleh: Syafiqah Jalal