Kaedah baharu perlu diguna untuk teruskan pementasan teater - Tiara Jacquelina
Penggiat teater harus memikirkan kaedah baharu dalam mendepani cabaran yang dibawa penularan COVID-19.
Astro Awani
Mon Apr 27 2020
Penggiat teater harus memikirkan kaedah baharu dalam mendepani cabaran yang dibawa penularan Covid-19, kata Pengarah dan Aktivis Teater Puan Sri Tiara Jacquelina
Penggiat teater harus memikirkan kaedah baharu dalam mendepani cabaran yang wujud sejak penularan COVID-19.
Pengarah dan aktivis teater, Puan Sri Tiara Jacquelina berkata pihak produksinya, yang sejak akhir tahun lalu giat menjalankan persiapan untuk 'menghidupkan' semula kegemilangan muzikal Puteri Gunung Ledang, kini sudah melakukan perubahan mengikut situasi.
Jika sebelum ini bakat-bakat yang sudah disaring berkumpul di satu lokasi untuk menjalani sesi latihan, sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka hanya 'bertemu' di platform komunikasi dalam talian.
"Kami sudah lakukan bacaan skrip secara dalam talian, rakaman gerakan koreografer yang dirakam dan kemudian dihantar kepada pelakon. Ini semua sudah kami buat.
"Sepertimana yang diketahui umum, teater muzikal Puteri Gunung Ledang dijadualkan untuk dipentaskan pada Julai nanti.
"Jadi, kami harus memikirkan apa yang perlu dibuat sekiranya ia dapat dipentaskan. Jika tidak, bagaimana pula? Setakat ini 7,000 tiket sudah dijual," kata beliau ketika ditemu ramah dalam program Consider This di Astro AWANI pada Isnin malam.
Berkaitan produksi akan datang yang terpaksa mematuhi konsep penjarakan sosial, dan masa depan penggiat seni ketika dalam pandemik COVID-19, video berikut memaparkan jawapan Tiara: