Antara yang hadir adalah pengarang portal hiburan mStar Nizam Abdullah atau Niezam Kring-Kring, pengarang majalah URTV Huzaini Kamaludin atau Huzz, serta wartawan veteran Nor Bahyah Mahmood atau Kak Bam.
Kata Nizam ketika ditemui Astro AWANI, pemergian Juwie mengingatkannya kepada amanat terakhir Allahyarham.
![Kategori dipertandingkan 1 - Artis Baharu Lelaki Popular Hafreez Adam Hisyam Hamid Nazrief Nazri Shukri Yahaya Syarul Ridzwan 2 - Artis Baharu Wanita Popular Aisyah Aziz Amyra Rosli Ayda Jebat Indah Ruhaila Puteri Balqis 3 - Pengacara TV Lelaki Popular AG Awal Ashaari Datuk AC Mizal Datuk Aznil Nawawi Zizan Razak 4 - Pengacara TV Wanita Popular Fara Fauzana Heliza Helmi Jihan Muse Neelofa Scha Alyahya 5 - Penyanyi Lelaki Popular Aizat Amdan Akim Asfan Hafiz Hazama 6 - Penyanyi Wanita Popular Adira Alyah Dayang Nurfaizah Fynn Jamal Stacy 7 - Artis Duo/Berkumpulan Popular 6ixth Sense Akim & The Magistrate Azhael Black & RJ Hijjaz 8 - Pelakon TV Lelaki Popular Aaron Aziz Adi Putra Amar Baharin Shah Iskandar Sharnaaz Ahmad 9 - Pelakon TV Wanita Popular Atikah Suhaime Ayda Jebat Emma Maembong Nad Zainal Siti Saleha 10 - Pelakon Filem Lelaki Popular Aaron Aziz Adi Putra Shaheizy Sam Zizan Razak Zul Ariffin 11 - Pelakon Filem Wanita Popular Atikah Suhaime Cristina Suzanne Neelofa Sara Ali Siti Saleha 12 - Artis Komedi Lelaki Popular Abam Achey Jep Sepahtu Shuib Sepahtu Zizan Razak 13 - Artis Komedi Wanita Popular Didie Alias Dottie Enot Ifa Raziah Jihan Muse 14 - Penyampai Radio Lelaki Popular AG (Hot) Deen (Hot) Ebby Halim (Klasik) Johan (Era) Salih Yaccob (Sinar) 15 - Penyampai Radio Wanita Popular Abby Fana (Sinar) Adibah Noor (Suria) Anisma Azwati Ahmad (Klasik) Dina Nadzir (Era) Fara Fauzana (Hot)](http://img.astroawani.com/2015-04/71428134584_freesize.jpg)
Dari kiri Nizam, Huzz dan Kak Bam - Foto Astro AWANI
“Allahyarham ada meninggalkan satu amanat kepada saya semasa hayatnya. Pesan beliau, jika beliau meninggal nanti, beliau tidak mahu saya menulis belasungkawa atau apa-apa tulisan peribadi mengenainya.
“Alasan beliau adalah kerana tidak mahu diagung-agungkan bila sudah tiada kerana sebelum ini katanya, beliau bukan sesiapa.
“Beliau mahu pergi menghadap Ilahi dalam keadaan yang tiada apa-apa. Apa yang beliau harapkan adalah agar rakan-rakannya sentiasa mendoakannya,” cerita Nizam.
Begitu juga dengan Huzz yang turut merasakan perginya insan yang telah bersama-sama berjuang dalam bidang hiburan sejak dari awal lagi amat dirasai.
![Juwie](http://img.astroawani.com/2015-04/51428132377_freesize.jpg)
Jenazah Allahyarham disempurnakan dan disolatkan di Surau Al Tarbiah Darul Falah sekitar jam 10.15 pagi. -Foto Astro AWANI /Shahir Omar
“Kami memulakan kerjaya sebagai wartawan pada waktu yang sama semasa di Utusan. Allahyarham merupakan rakan baik dan juga mentor saya. Beliau seorang yang begitu baik, banyak berkongsi ilmu dan perginya Juwie umpama hilangnya sahabat yang tidak dapat dicari ganti,” kata Huzz dalam nada sebak.
Manakala bagi Kak Bam, antara perkara yang disukai mengenai Allahyarham Juwie adalah sifatnya yang merendah diri dan sangat pemurah.
“Beliau adalah antara orang yang rapat dengan saya. Seorang yang sangat ‘down to earth’ dan sangat pemurah.
![Juwie](http://img.astroawani.com/2015-04/71428132404_freesize.jpg)
Sahabat handai dan saudara mara membantu mengusung jenazah ke tanah perkuburan dari kediaman Allahyarham di Selayang Baru. -Astro AWANI / Shahir Omar
“Semasa menjadi rakan sekerja bersama-sama dengan Allahyarham dulu... Allahyarham akan sentiasa ambil berat bertanya mahu makan apa dan mahu minum apa. Bukan hanya pada saya tetapi pada semua rakan yang lain. Dia sememangnya pemurah begitu. Itu yang membuatkan semua orang menyenanginya,” cerita Kak Bam yang sudah bersahabat dengan Allahyarham hampir dua dekad.
Selain rakan wartawan, penggiat seni seperti Datuk Ahmad Nawab, Erra Fazira, Datin Paduka Umie Aida dan Ziela Jalil turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham di kediaman keluarganya di Selayang Baru.
Jenazah Allahyarham Juwie selamat dikebumikan pada jam 10.30 pagi Sabtu.
![Juwie](http://img.astroawani.com/2015-04/41428132427_freesize.jpg)
Allahyarham Juwie selamat dikebumikan pada jam 10.30 pagi Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Selayang Baru. -Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Sebelum itu, jenazah Allahyarham disempurnakan dan disolatkan di Surau Al Tarbiah Darul Falah sekitar jam 10.15 pagi.
Dalam dunia kewartawanan, Allahyarham Juwie pernah bertugas sebagai wartawan hiburan di Berita Harian sebelum menyertai Utusan Melayu.
Di Utusan Melayu, beliau mengendalikan ruangan pojok ‘Auww Juwie’ menerusi sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia.
Ruangan Auww Juwie itu diganti oleh anak didiknya sendiri iaitu Huzz (Sensasi Huzz) dan Nizam (Niezam Kring-Kring).
![Juwie](http://img.astroawani.com/2015-04/61428132511_freesize.jpg)
Allahyarham Juwie selamat dikebumikan pada jam 10.30 pagi Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Selayang Baru. -Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Daripada seorang wartawan di Utusan, beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarang Muda-Mudi, Penolong Pengarang Mingguan Malaysia dan jawatan terakhirnya sebagai Pengarang Hiburan Majalah Mangga bermula 1995 sebelum bersara pada tahun 2008.
Beliau berjaya menjadikan majalah Mangga sebagai majalah hiburan nombor satu sehingga mencecah jualan 200,000 naskhah pada tahun 1998.
Selain bergelar wartawan, Juwie aktif dalam bidang penulisan lirik. Antara penyanyi terkenal yang menyanyikan karya dan hasil nukilan rasa Juwie termasuklah Datuk Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Siti Fairuz, Nassier Wahab, Shidee, kumpulan Gersang, Spring dan May.
Selepas bersara, Juwie aktif dengan kerja-kerja kemasyarakatan selain banyak menumpukan kepada aktiviti keagamaan.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.41 malam Jumaat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat komplikasi penyakit termasuk kanser prostat.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 62 tahun.