PELAKON Wan Raja mendedahkan tubuhnya susut selepas menghadapi masalah gastrik kronik atau refluks gastroesofagus (GERD) sejak fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 yang lalu.
Dek kerana itu, Wan Raja atau nama sebenar Saiful Redzuan Abu Bakar, 44, berkata berat badannya turun sehingga 10 kilogram (kg).
"Sebenarnya saya kurus kerana masalah GERD. Saya tidak boleh makan sembarangan kerana jika tersalah makan ia membawa kesan yang teruk.
"Antara makanan saya perlu elak sekarang seperti 'coleslaw' KFC yang juga makanan kegemaran sejak dulu.
"Jadi bila kurang makan, badan saya juga turun dari 80 kilogram kepada 70 kilogram sekarang," katanya kepada Astro Gempak.
Wan Raja ditemui baru-baru ini ketika menjayakan penggambaran filem "Gold" terbitan Astro Shaw di Stadium Melawati Shah Alam.
Tambah Wan Raja, GERD juga cenderung untuk dirinya mendapat serangan 'anxiety' yang teruk sehingga sukar untuk tidur kerana mengalami rasa dada mencucuk dan nafasnya menjadi pendek.
"GERD anxiety ini akan menyerang tidak tentu masa, jadi saya kena juga mengelakkan memandu dalam jarak jauh atau 'outstation' kerana bimbang dengan penyakit dihidapi.
"Saya juga tidak berani untuk keluar kerja berseorangan, saya terpaksa meminta seorang kawan menemani terutama ketika menjalani penggambaran telefilem di luar Kuala Lumpur pada tahun lalu," ujarnya.
Wan Raja yang membintangi filem Gold telah diberikan kepercayaan melakonkan watak legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek.
Selain Wan Raja, filem yang mengangkat kisah benar seorang jaguh Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Like Hou itu turut dibintangi oleh Farid Kamil, Jack Tan dan ramai lagi. -Gempak
Gempak
Wed Apr 05 2023
Wan Raja berkata dia cenderung mendapat serangan 'anxiety' yang teruk sehingga sukar untuk tidur kerana mengalami rasa dada mencucuk dan nafasnya menjadi pendek. -Gempak
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jatuh sakit sejak PKP, Wan Raja susut 10kg akibat gastrik kronik
Wan Raja berkata dia cenderung mendapat serangan 'anxiety' yang teruk sehingga sukar untuk tidur kerana mengalami rasa dada mencucuk dan nafasnya menjadi pendek.