PELAKON dan penyampai radio, Issey Fazlisham menzahirkan rasa syukur selepas anaknya, Faeeq Fathian terselamat daripada kemalangan melibatkan sebuah kereta yang mengundur dalam keadaan laju sehingga terlanggar kedai barangan kucing di Eco Grandeur 1/8, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.
Menurut Issey, ketika kejadian tersebut berlaku, anaknya itu dikatakan berada paling hampir dengan kawasan kemalangan tetapi sempat melarikan diri.
“Kejadian yang berlaku semalam, di Amy Catz My di Eco Granduer, Puncak Alam. Ketika ini isteri saya, Aimi Jamel, anak buah, Umaira (anak saya) dan Iyyen (anak saya) berada di dalam kedai.
“Aimi sedang memilih barang kucing, anak lelaki saya Iyyen (baju kuning) paling hampir dengan kejadian. Alhamdulillah. Allah lindung kami sekeluarga,” tulisnya.
Perasaan lega itu dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Gegar itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Bagaimanapun, seorang kanak-kanak dilaporkan tercedera dalam insiden kemalangan tersebut.
“Kecederaan berlaku pada mangsa di luar. Katanya terus dirawat di hospital, dan kecederaan ringan.
“Alhamdulillah semuanya selamat. Saya bersimpati dengan apa yang terjadi. Ketika ini saya tiada di tempat kejadian,” kongsinya lagi.
Terdahulu, tular di laman sosial video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan sebuah kereta melanggar seorang kanak-kanak dan pintu hadapan sebuah premis.
Dalam kejadian 6.40 petang itu, lelaki berusia 30-an terbabit memandu kereta Hyundai Elantra turut melanggar pintu hadapan kedai menjual makanan binatang.
Berikutan kemalangan itu, kanak-kanak berkenaan cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam sebelum dibenarkan keluar, 8.30 pagi, hari ini. -Media Hiburan
Media Hiburan
Fri Sep 08 2023

Menurut Issey, ketika kejadian tersebut berlaku, anaknya itu dikatakan berada paling hampir dengan kawasan kemalangan tetapi sempat melarikan diri. -Media Hiburan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

'Iyyen paling dekat, Allah lindung kami' - Issey lega anak terselamat insiden kereta mengundur
Menurut Issey, ketika kejadian tersebut berlaku, anaknya itu dikatakan berada paling hampir dengan kawasan kemalangan tetapi sempat melarikan diri.

'Saya bukan anak Sabri Yunus' - Issey Fazlisham
Issey anak didik je bukan anak kandung...